“ Kenapa tiba-tiba ‘blackout’ pula ni...menyusahkan orang je...”.
“A’ah la masa kita banyak ‘assigment’ ni la, dia nak ‘blackout’..”, Jann meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
Tiba-tiba Hani dan Jann terdengar suara Ayu menjerit.
“ Adoi...Hani....Jann... tolong aku!!”....
Hani dan Jann segera ke bilik Ayu.
“ La...kau ni bikin kitaorang suspen je..., “ Jann menyuluh ke arah Ayu.
“ Aku takut la, kalau aku tak buat begini, korang tak kan datang ke sini temankan aku....betul tak”, Ayu membuat muka comelnya sambil tersengih-sengih untuk memancing Hani dan Jann supaya menemankannya, tambahan pula Ayu merupakan seorang yang penakut.
“ Apa-apa la Ayu Sleeping....”, lantas Hani dan Jann melabuhkan punggung di sebelah Ayu.
Di luar angin bertiup dengan kencangnya disertai hujan serta guruh berdetum sehingga memeranjatkan mereka bertiga.
“ Erm...korang... apa kata, kita cerita hantu nak tak??,” Jann melontarkan idea.
“ Ishk, ko ni Jann...ke situ pula, aku dah la takut ni..”, lantas Ayu merapatkan dirinya dengan Hani.
“ Eh, ok ape cadangan Jann tu, malam-malam begini, dengan hujan dan elektrik tiada ni, barulah ‘feel’ sikit nak cerita. Apa kata kita cerita pengalaman setiap seorang nak pasal hantu ni...ok tak???,
“ Aku ok je..tapi aku tak tahu lah minah sebelah aku ni...”, Jann menuding ke arah Ayu sambil tergelak.
“ Ko macamane Ayu?? Setuju tak...”, Hani menyoal.
Setelah lama berfikir, Ayu bersuara..
“ Erm....oklah, tapi kalau aku nak pergi tandas nanti, korang berdua kena teman aku tau...”
“ Beres...”, Hani dan Jann menjawab serentak.
“ Ok, kita mulakan dengan Jann dulu, sebab ini cadangan dia, kita bagi penghormatan sikit la..”, Hani berkata.
“ Ok....cerita aku ni memang seram gile la....korang dengar ek..”
Kisah ni berlaku ketika aku darjah 5, pada waktu maghrib, mak aku dapat panggilan dari saudara aku yang mengatakan atuk aku dah takde. Saudara aku kata jenazahnya akan dihantar ke kampung untuk dikebumikan keesokkan harinya. Pada malam itu juga, keluarga kitaorang bertolak ke kampung, ayah aku nak tunggu kat rumah arwah atuk aku untuk menunggu kedatangan saudara aku yang menguruskan jenazah arwah atuk aku ni. Dahlah kitaorang adik-beradik ni buat bodoh je bila dengar ayah aku kata nak balik kampung, kitaorang siap tengok cerita Hindustan yang ditayangkan kat tv lagi. Tiba-tiba ayah aku marah kat kitaorang adik beradik, waktu tu juga takde angin, takde ribut, tiba-tiba je hujan.
“ Bila nak keluar hantunya Jann, panjang sangat la mukadimah kau...”, Hani menyoal.
“ Sabaqlah..., aku teruskan ek”
Selepas itu kan bila aku sekeluarga naik kereta untuk balik ke kampung, tak semena-mena hujan berhenti...aku waktu tu dah rasa pelik semacam je...sepanjang perjalanan ke kampung, kitaorang semua senyap melayan perasaan masing-masing, dahlah kereta, lori dan motor takde langsung kat jalan raya waktu ‘on the way’ aku dan keluarga aku balik kampung. Aku perasan mata abang aku dan ayah aku melilau macam tak senang duduk je. Sampai je kat kampung, aku takut dah, pasal lampu kat rumah atuk aku terbuka, sedangkan takde orang pun kat rumah tu. Ayah aku pun cakap la, mungkin ketua kampung yang buka kot. Aku ‘confius’ sebenarnya, macamana la ketua kampung boleh buka lampu kat rumah atuk aku, sedangkan dia mana ada kunci. Masuk je rumah, ayah aku terus cerita, sebenarnya dia ternampak sesuatu masa ‘on the way’ ke kampung. Dia cakap dia ternampak ada orang duduk kat tempat menunggu bas berhampiran kat depan pejabat pos...orang tu takde kepala. Abang aku pun mengiyakannya. Meremang bulu roma aku...
“ Jann, takutlah...”, Ayu menghimpit Jann.
“ Ko takut ke???cerita aku belum habis lagi ni...”
Ini sambungan dari cerita tadi ni....Waktu malam kedua selepas kenduri tahlil arwah atuk aku kan, aku tak pasti pukul berapa, tiba-tiba adik aku kejut aku kata nak kencing. Aku pun tak berani nak teman dia sebab tandas kat luar rumah, aku suruh je dia kencing kat tepi tilam. Tiba-tiba je aku dengar bunyi macam orang kayuh basikal kat luar rumah. Aku dah berdebar dah masa tu, aku pun cakap kat adik aku, yang dia dengar tak..dia cakap dia dengar, dahlah kitaorang berdua tidur berhampiran dengan tingkap, aku bayangkan tingkap tu terbuka dengan sendirinya. Cuak gile.... Pastu baru aku sedar, petang tu aku ada cakap kat adik aku, yang malam karang atuk datang main basikal kat sini, aku cakap gitu pun sebab dia kedekut nak bagi basikal tu kat aku untuk aku main. Aku saje je nak takut-takutkan dia. Sampai sekarang, bila aku balik je rumah arwah atuk aku, aku rasa takut je, macam ada mata yang pandang aku. Rumah tu pun takde orang duduk pun...”.
“ Harg!!!”,Hani mengejutkan Ayu....
“ Opocot mak aku, mak ko.....” Ayu melatah lantas mencubit Hani.
“ Hehehe...aku saja je la nak menyakat ko Ayu.....”
“ Nasib baik aku takde ‘heart attack’, kalau tak aku yang jadi hantu...”.
Tiga orang sekawan tergelak....Namun Jann telah terdengar ada suara lain juga yang tergelak sama, bunyinya seperti kasar sedikit, namun dibiarkan sahaja, takut kawan-kawannya akan berasa takut.
“ Habis...rumah tu terbiar je la ek”, Ayu menyoal.
“ a’ah...”, Jann menjawab.
“ Korang nak tahu tak, kalau rumah ditinggalkan lebih dari 44 hari, orang tua- tua kata akan ada penunggu yang akan menumpang kat situ.
“ ye ke???...”, Ayu menyoal.
“ Ye.....”
Kejadian ni berlaku kat mak saudara aku. Mak saudara aku ni baru je kahwin, jadi dia pun cari la sebuah rumah, harga pun murah, besar pun besar. Mak saudara aku gembira sangat la sebab murah kan, rumah pun cantik tapi macam menyeramkanlah tempat dia. Walaupun begitu, dia nak juga rumah tu. Hari pertama mak saudara aku and suami dia duduk kat rumah tu, mereka rasa panas semacam je, sedangkan waktu tu hujan, semestinya la, waktu tu mereka dah rasa lain macam. Tiba-tiba je mereka dengar bunyi benda berlaga kat dapur. Si suami ni berani sikit, dia pun pergi la tengok, tapi bila dia buka je lampu, keadaan dapur elok je, tiada benda yang jatuh, kemas je. Dia was-was dah, takut-takut pencuri cuba nak mencuri. Malam kedua pun sama, bunyi tu tetap ada, tapi bila pergi je bunyi tu hilang. Namun, malam tu la, mak saudara aku cakap malam dia paling tak boleh lupa sekali. Dalam pukul 3 pagi, tiba-tiba dia tersedar, sebab terdengar seperti ada orang beri salam. Salam yang diberi pula, pelik semacam je...tak macam orang kita sebut, macam ada yang tertinggal je, dia nak kejutkan suami dia pun tak sampai hati, sebab suami dia nampak letih. Bila dia menjengulkan kepalanya kat pintu, benda tu pun sama menjengulkan kepala kat mak saudara aku...pengsan terus mak saudara aku, seminggu demam. Akhirnya suami dia minta seorang ustaz tolong tengokkan apa yang terjadi di rumanhnya. Rupa-rupanya ada benda lain yang menumpang sekali dalam rumah itu. Sekarang rumah tu tiada benda itu dah, sebab ustaz tu dah pagar sekeliling rumah dengan ayat-ayat suci al-quran.
“ Ishk...aku tak tahu la, kalau kita nampak benda tu, kalau boleh pengsan takpe, kalau tak boleh pengsan, dia pandang aku...aku pandang dia....”, Jann berkata.
Semua tergelak mendengar kata-kata Jann, namun suara tersebut masih kedengaran tergelak sama.
“ Betul-betul....bertuah siapa-siapa yang boleh cepat pengsan ni...” Hani menjawab.
“ Ayu giliran kau pula sekarang ni..”
“ Aku takde cerita la, tapi aku ada dengar cerita ni waktu aku tinggal kat asrama dulu”.
Ceritanya begini, kawan aku ni suka sangat ulangkaji sampai lewat malam. Kalau dia ulangkaji, dia lebih suka seorang dari. Bagi dia, baik seorang dari ramai-ramai, nanti ulangkaji tak kemana, sembang je lebih. Tetapi dia ini suka ulangkaji waktu kemuncak benda-benda itu merayau. Malam itu, dia ulangkaji macam biasa, tiba-tiba pintu bilik belajar tertutup dengan sendirinya, seperti ditolak orang. Tiba-tiba dia nampak ada seorang budak tiba-tba je ada duduk di sebelah dia, macam ‘magic’, sedangkan waktu tu hanya dia seorang je yang ada kat bilik tu. Dia pun tanyalah...
“ Oi...bagaimana kau boleh masuk, aku tak nampak pun tadi..bunyi selipar kau pun aki tak dengar..ntah-ntah kau ni hantu ye...”
“ Ee..celupar betul mulut minah tu ek..”, Jann berkata.
Tapi perempuan tu senyap je, dia tunduk je....tiba-tiba dia nangis. Kawan aku cuak la, tiba-tiba dia nangis, takut juga,warden dengar, nanti dituduh membuli. Tapi air mata perempuan tu keluar darah, kawan aku perasan kat helaian kertas tempat dia menangis. Kawan aku pun tarik muka dia nak pujuklah konon-kononnya....bila dia tengok je wajah perempuan tu, rupa-rupanya mata pompuan tu tersembul keluar dipenuhi dengan darah dan ulat...baunya tak payah cakaplah....nasib baik dia tak pengsan, dia pun apa lagi terus buka langkah seribu...selepas itu dia cakap, dia taubat tak nak lagi ulangkaji tengah-tengah malam, takut peristiwa lama berulang kembali.
“ Ee...seram gak cite ko Ayu...”, Hani berkata.
Selepas sahaja Hani berkata, dengan tidak semena-mena lampu suluh yang dipegang oleh Jann terpadam dengan sendirinya. Semuanya berdebar.
“ Eh...dah habis bateri ke??”, Jann pelik, kerana bateri lampu suluhnya baru sahaja ditukar beberapa hari yang lepas.
“ Erm...kejap ek, aku pergi dapur kejap ambik lilin...”, Jann lantas bangun dari katil.
“ Kau nak aku teman tak???”, Hani menawarkan diri.
“ Takpelah, kau duduk sini dengan Ayu, dapur tu bukan jauh pun..”,Jann menolak, namun dia berasa berdebar-debar, bulu roma dia pun mula berdiri. Jann..bertenang..takde bendanya, cuma perasaan kau je...Jann bermonolog bagi mengurangkan ketakutan dalam dirinya.
Sepanjang perjalanannya ke dapur, Jann terpaksa meraba-raba dalam kegelapan, namun tiba-tiba dia berasa seperti terpegang sesuatu yang berlendir, lantas dia menarik tangannya. Dia segera mencepatkan langkahnya sambil membaca ayat Qursi. Setibanya Jann di dapur, lantas dicapainya lilin di atas almari, lalu segera menghidupkan lilin tersebut. Apabila sahaja lilin tersebut menyala, Jann hampir-hampir pengsan apabila ternampak satu lembaga berdiri tercegat di tepi tangga berhampiran dengan dapur sambil trsengih-sengih. Jann mahu menjerit tapi suaranya tidak keluar. Kakinya pun tidak terdaya digerakkan untuk berlari.
“ Mana Jann ni...??lamanya..dia ni cari lilin ke...buat lilin..” Hani menunjukkan kerisauan.
Tiba-tiba Jann muncul di muka pintu.
“ Ha...sampai pon...ingatkan dah terserempak dengan hantu tadi..”, Hani berseloroh, namun Jann hanya senyap lantas mengambil tempat di sebelah Ayu.
“ Wei..Jann..kau kenapa ni?? Senyap je...kau ok tak??, Hani melontarkan ketidakpuas hatinya, apabila Jann tidak memberi respon atas lawaknya tadi.
Ayu berasa lain macam dengan perubahan Jann, lantas dia segera menghimpit Hani.
“Kau ni kenapa himpit-himpit aku Ayu..rimasla...”, Hani memarahi Ayu.
“ Aku bukan apa, tiba-tiba je aku rasa seriau...”,Ayu memandang Hani.
“ Apa kata kita cerita hantu lagi??nak tak??”, Jann bersuara, namun suaranya garau sedikit.
“ Ok..Ok.., kau nak cerita lagi..ke ???”, Hani menyoal.
Jann merenung Hani dengan pendangan tajam...Hani terpana, serta merta, bulu romanya berdiri.
Jann meneruskan ceritanya...
Cerita ni berlaku hanya 1 malam sahaja. Ini berlaku di sebuah rumah yang diduduki oleh 3 orang anak dara. Tiga sekawan ni tak tahu sebenarnya, rumah yang mereka duduki tu sebenarnya ada kubur di bahagian dapur rumah mereka. 1 malam ni, tiba-tiba ‘blackout’, menyebabkan mereka berkumpul sambil bercerita hantu.
Masa tu juga, Hani berasa pelik dengan tingkah laku Jann yang hanya menundukkan pandangannya ketika bercerita. Cerita yang diceritakannya pula, seperti sedang berlaku pada mereka sekarang. Ketika itu juga, Ayu dan Hani terdengar suara orang meminta tolong di bahagian dapur. Suara tersebut seperti suara Jann. Hani dan Ayu pandang sesama sendiri, serta merta mereka memandang Jann yang berada di hadapan mereka.
“ Apasal korang pandang aku...”, Jann menyoal, namun mukanya tetap menunduk.
“ Korang dah tahu ek...”, Jann berkata sambil mengilai.
Hani berang.
“ Woi..kau ni sape sebenarnya...aku tahu kau bukan Jann kan....mana kau sorok Jann”..., Hani menengking.
Tiba-tiba Jann di hadapannya menangis sambil mengilai panjang. Berdiri bulu roma mereka apabila mendengarnya. Namun, Hani memberanikan diri.
“ Woi..”, Hani ,menengking sekali lagi dengan kuatnya.
“ Kalau kau nak aku lepaskan dia...kau kena korek kubur aku di bahagian dapur, kemudian kebumikan aku di tempat yang sesuai. Aku dah lama terseksa duduk kat sini, roh aku seperti terperangkap kat rumah ni, ni semua gara-gara jantan tak guna tu...dah lah rogol aku, kemudian bunuh aku. Aku terseksa tahu. Mayat aku pula tak disemadikan dengan cara yang tak betul pula itu.
“ Aku boleh buat, tapi lepaskan Jann dulu..”
Benda tersebut terus ghaib secara tiba-tiba. Jann pun muncul di tepi katil dalam keadaan tidur,lantas Ayu mengejutkan Jann.
“ Ko kat mana tadi??”, Ayu menyoal.
“ Aku ada kat sebelah ko la tadi, aku pegang lilin dari dapur ke sini, tapi korang macam tak Nampak aku je..jadi aku terus tidur la.. Tadi kan aku nampak lembaga berdiri kat tepi tangga dapur kita, mula-mula aku tak boleh nak gerak, selepas itu dalam 10 minit kemudian aku berjaya mengerakkan badan aku, jadi aku terus masuk bilik, tapi korang berdua macam buat bodoh je kat aku, aku pun ambil keputusan untuk tidur je la”.,Jann berkata.
“ Habis...yang tadi kitaorang dengar suara kau menjerit kat dapur tu apa??, Ayu mencelah.
“ Erm..dahlah tu, jom tidur, apa-apa hal kita cerita esok. Malam ni kita tidur bilik ni je la ok..”, Hani berkata.
Keesokkan harinya Hani menceritakan peristiwa yang mereka alami kepada Jann. Setelah mengambil kata sepakat, mereka bersetuju untuk menelefon pihak polis bagi memastikan terdapat mayat yang di tanam di bahagian dapur rumah mereka. Akhirnya, polis dapati, memang terdapat mayat yang ditanam di bahagian dapur mereka. Rumah mereka dikuarantin selama seminggu bagi membantu polis menjalankan siasatan bagi mendapatkan bukti untuk mencari pembunuh mayat tersebut.
2 minggu selepas itu...
“ Kawan-kawan mai tengok keratan akhbar ni...”, Ayu menjerit.
“ Alhamdullilah..akhirnya pembunuh tu Berjaya juga ditangkap...”.
“ Eh..jomlah masuk....hari pun dah nak senja ni, tak baik anak dara seperti kita duduk kat luar, waktu-waktu begini,karang ada benda yang terpikat....”, Jann berseloroh.
Sewaktu mereka mengangkat langkah untuk masuk ke dalam rumah, tiba-tiba ada bunyi suara perempuan megucapkan terima kasih. Bulu roma mereka bertiga meremang, apabila melihat tiada orang di sekeliling mereka. Lantas mereka berlari masuk ke rumah.
No comments:
Post a Comment