Tuesday 10 May 2011

Gangguan Pocong

“ Mad..Mad...mai sini sebentar...”, Hakim memanggil Mad dalam keadaan mukanya cuak.

Mad pelik melihat perubahan muka Hakim, lantas dia melajukan langkahnya ke tingkap tempat Mad berdiri.

“ Ya Allah....”, Mad terpana.

****
“ Kau Nampak kan apa yang aku lihat semalam kan?”,

Hakim melontarkan soalannya kepada Mad. Mad termenung sejenak.

“ Aku rasa itu hanya mainan perasaan kita je kot”, Mad bersuara.

Hakim mengerutkan keningnya.

“ Mainan perasaan apanya, kalau memang dah jelas kita berdua Nampak kan benda tu??,”

Hakim tidak berpuas hati. Mad hanya mampu tersenyum.

****
“ Mad..boleh tak teman aku pergi tandas, aku nak buang airlah...”,

Hakim mengejutkan Mad yang tidur di sebelahnya. Mad terpisat-pisat bangun. Walaupun Mad mengantuk, namun atas dasar belas kasihan, dia menemani juga Hakim. Lantas mereka berdua menuju ke tandas yang terletak di luar rumah. Sesampainya mereka di tandas, Hakim langsung menuju ke arah tandas. Mad hanya menunggu di luar. Sementara menanti Hakim melepaskan hajatnya, Mad bersiul-siul sambil memandang ke arah langit untuk menghilangkan rasa takutnya. Tidak semena-mena, Mad tersentak kerana terdapat hembusan angin meniup di telinganya. Sangat laju. Tiba-tiba bulu romanya berdiri.

“ Hakim...lama lagi ke????,” Mad bertanya.

Namun hampa, Hakim tidak menyahut. Mad pun bertanya sekali lagi, namun tiada jawapan juga. Akhirnya, Mad mengambil keputusan untuk menolak pintu tandas tersebut.

“ Ya Allah!!”, Mad terkejut, namun dia hanya memandang je benda tersebut, nak lari tak boleh, kerana tubuhnya seperti terpasung di atas tanah.

****
Keesokkan harinya, Hakim terjumpa Mad berdiri di depan tandas dalam keadaan tidak bergerak. Apabila Hakim menepuk badan Mad, barulah Mad tersedar dan boleh bergerak.
“ Oi..kau buat apa berdiri tegak macam tiang kat depan tandas ni, tak senonoh benarnya...”, Hakim ketawa.
“ Kepala hotak hang, aku kena kacau la semalam...”, Mad menjelaskan perkara yang sebenar. Lalu Mad menceritakan peristiwa semalam kepada Hakim.

Hakim sangat terkejut kerana, semalam dia langsung tidak mengejutkan Mad untuk menemankan dia ke tandas. Sedangkan, Mad mengatakan bahawa, Hakim ada mengejutkan dia untuk ke tandas.

“ Aku rasa tak kena la dengan kawasan rumah ni...”, Hakim berkata.

Mad mengangguk tanda setuju.

“ Apa kata, malam ini kita siasat...nak tak??”, Hakim bersuara.

Mad mengerutkan keningnya.

“ Kau ni berani sangat la, nanti benda tu menduga kau, baru kau tahu..”, Mad berkata.
“ Biarlah...ntah-ntah ada orang nak menyakat kita.. Mad hanya mengelengkan kepala melihat keletah Hakim.
Biarlah dia, dia tak kena lagi, lantas Mad mengambil tuala untuk mandi. Malam menjelma lagi, Hakim sudah bersiap sedia dengan parang dan lampu suluhnya. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

“ Mad..betul ke kau tak nak ikut aku siasat ni..??”, Hakim menyoal.

Mad mengelengkan kepala, lantas menarik selimut untuk tidur.
Glurp...Hakim menelan air liur. Ya Allah, lindungilah aku daripada syaitan dan iblis durjana ya Allah...., sejurus selepas itu, Hakim menghembus  ke kiri dan ke kanan. Namun, baru sahaja dia ingin menghembus ke kiri, benda tersebut terpacul di hadapannya. Baunya amat busuk dan meloyakan. Dengan keadaan kain kapan yang bersalut tanah dan mukanya yang pucat kebiru-birunya disertai dengan ulat yang di mukanya, boleh menyebabkan sesiapa sahaja pengsan melihatnya..sejurus itu juga, Hakim jatuh pengsan.

***
“ Kan aku dah cakap....kau degil juga..sekarang kau terimalah padahnya....tunjuk berani sangat....”, Mad membebel.

Hakim mencebik...” Aku saja je nak tengok siapa yang berani nak main-mainkan kita, tapi rupa-rupanya hantu betul, nasib baik aku boleh pengsan, kalau tak jadi macam kau la, tercongok je pandang benda tu...

“ Apa kata kita jumpa tuan rumah ni, Tanya dia pasal rumah ni, “ Hakim menyuarakan pendapat.

Mad mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Hakim. Petang itu juga mereka menuju ke rumah tuan rumah sewa mereka yang terletak di hujung kampung.

“ Pak cik, hajat kami datang ni, nak Tanya mengenai rumah yang kami sewa tu??”, Mad berkata.

“ Tanyo aponya??,” Pak Johar menyoal dengan loghat negerinya.
“ Kami nak tanyo...eh, silap-silap...tersasul pula , sebenarnya kami nak Tanya sebelum ni rumah tu ada orang mati ke???”, Hakim berkata dengan nada serius.
“ Celupor benornya kamu ni, mano ada orang mati dalam rumah tu sebelum ni, tapi dengar kato kat bahagian belakang dapur tu ada kubur orang mati....”, Pak Johar berkata.
“ Kubur orang mati!!”, mereka berdua berkata serentak dengan nada terkejut.
“ Pak cik dengar kato juga, dia dulunya dukun ilmu hitam, tapi pak cik tak tahu betul ke tidak cerita tu, tu la sebabnya pak cik tak berani tinggal kat situ.

Sejurus je dengar kata-kata Pak Johar, mereka berdua tergesa-gesa meninggalkan rumah Pak Johar.

“ Aku nak pindah juga malam ni, tak kira lah apa pun nak jadi..”, Mad menuju ke bilik nya lalu mengambil apa yang patut. Tiba-tiba lampu rumah mereka terpadam. Yang peliknya, lampu rumah jiran-jiran mereka tidak terputus bekalan elektriknya.

“ Hakim..kau kat mana....???,

Mad melaungkan nama Hakim, namun tiada sahutan. Hakim dengar namanya dipanggil, namun dia tidak boleh menyahut, seperti ada sesuatu yang menyekat suaranya daripada menjawab laungan Mad. Mad gelabah, akhirnya dia dapat juga memegang tubuh Hakim, namun Mad pelik kerana tubuh Hakim seperti dibaluti dengan kain. Keadaan tangan Hakim juga seperti dilekapkan di dada. Bau kurang menyenangkan mula menyelubungi rumah tersebut. Mad cuba memegang muka Hakim, dia merasakan melekit-lekit. Mad segera menjauhkan diri daripada tubuh tersebut dan dia terlanggar tubuh seseorang.

“ Kau kenapa, Hakim menyuluhkan lampu suluhnya ke muka Mad”, namun tanpa sempat Mad berkata apa-apa, Hakim lantas menjerit lalu berlari menuju ke luar rumah.
“ Pocong...!!!!!”

Keesokkannya, sekampung kecoh peristiwa Hakim dan Mad dikacau.

“ Tuk ketua, ni tak boleh jadi ni, benda tu mula menganggu. Kalau begini, anak saya nak mengaji malam pun tak berani, kerana takutkan hantu pocong tu..”, kata seorang penduduk.
Mad dan Hakim yang duduk di kerusi balai raya, masih trauma dengan peristiwa semalam. Akhirnya, setelah lama mendiamkan diri, tuk ketua berkata bahawa dia akan memanggil seorang ustaz untuk membantu menghalau hantu pocong tersebut.

“ Malam ni juga, saya suruh dia datang....”.

***
Malam itu, semua penduduk kampung datang ke rumah Mad dan Hakim untuk melihat upacara penghalauan hantu tersebut.

“ Ustaz...boleh ke nak halau hantu pocong tu kalau ramai sangat ni...??”, Mad menyoal.

Ustaz Fahmi hanya memandang Mad dengan senyuman tanpa menjawab pertanyaan Mad.

“ Boleh saya masuk...”, Ustaz Fahmi meminta kebenaran.

Hakim memberi isyarat sambil tersenyum, namun tiba-tiba ekspresi mukanya berubah serta-merta sambil menunjukkan tangannya ke dalam rumah. Lantas dia menjerit...

“ Pocong..!!!!”...lalu Hakim berlari meninggalkan kawasan rumah tersebut.
Sejurus selepas mendengar Hakim menjerit, semua penduduk kampung bertempiran lari lintang pungkang meninggalkan kawasan rumah tersebut. Hanya ketua kampung, Pak Johar,  Mad dan ustaz Fahmi yang tinggal. Mad mula menelan air liur...

“ Pak Johar kalau saya nak lari juga boleh tak, seram la pula...”, Mad berbisik.
“ Kalau kome nak lari, den pon nak lari juga...duduk lamo-lamo kat sini, raso seriau la pula...”, Pak Johar berkata dalam keadaan takut-takut.

Ketua kampung menjeling Mad dan Pak Johar sejurus selepas mendengar mereka berdua berbisik. Mereka berdua tidak jadi meneruskan niat kerana terlihat jelingan ketua kampung.

“ Nampaknya, kawan kamu tu, ternampak pocong tu kot, saya rasa benda tu saja je nak main-main dengan kamu...maklumlah ni kan kawasan dia..”, Ustaz berkata setelah sekian lama mendiamkan diri.

“ Main apanya ustaz kalau setiap malam je kami kena kacau...ni dah melampau, kalau benda tu nak main dengan kami pun agak-agaklah,  ni dah melampau...sampai waktu tidur kami pun terganggu...”, Mad berkata dalam nada tidak puas hati.

Boleh pula dia buat lawak waktu genting begini, ketua kampung bermonolong.

“ Kamu tak puas hati ke dengan benda tu, kalau begitu saya boleh suruh dia muncul...bolehlah kamu cakap depan benda tu...”, Ustaz Fahmi tersenyum nakal.
“ Erm takpelah..saya saje je tadi....hehehe...”,  Mad tersengeh-sengeh.

Tiba-tiba angin laju menerpa mereka.

“ Dia datang..”, Ustaz Fahmi berkata.
“ Sapo yang datang..den tak nampok sapo-sapo pon...”, Pak Johar mengerutkan dahinya memandang jalan di depan rumah yang disewanya.

Ishk, orang tua ni..boleh pula buat lawak...dia tak Nampak ke pocong tu berdiri sebelah dia, Mad mengeletar, lantas dia merapatkan tubuhnya dengan Ustaz Fahmi. Ustaz Fahmi berbuat selamba.

“ Mad, kenapo kamu berdiri rapat-rapat dengan ustaz tu, Nampak sangat penakutnya...”, lantas Pak Johar ketawa. Namun dia tersentak apabila ada orang lain yang turut ketawa disebelahnya. Pak Johar berpaling ke arah suara tersebut...

  Ya Allah...!!pocong....lalu dia membuka langkah seribu meninggalkan kawasan rumah tersebut.

Mad memandang Ustaz Fahmi dan ketua kampung sambil tersengih-sengih.

“ Saya nak lari juga la....bye bye....”, Mad lantas mengikuti Pak Johar.

Ketua kampung hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah Mad.

“ Bagaimana ustaz, benda tu cuba bermain dengan kita ni...”. Ketua kampung menunjukkan wajah kerisauan.
“ Jangan risau la...akan saya usahakan agar benda tersebut tidak menggangu penduduk kampung ni..terutamanya Mad dan Hakim yang mendiami rumah ini ”, Ustaz Fahmi berkata dalam nada bersungguh-sungguh.

Ustaz Fahmi mula melakukan upacara rukyah...ketika berlakunya upacara tersebut, benda tersebut banyak kali cuba mengacau. Antaranya, muncul dengan tiba-tiba di belakang Ustaz Fahmi. Mujur benar Ustaz Fahmi seorang yang kuat semangat, begitu juga dengan ketua kampung. Selain itu, lampu di rumah tersebut asyik terpadam secara tiba-tiba. Namun setelah sekian lama diganggu, Ustaz Fahmi mula hilang sabar.

“ Oi..kau keluar sekarang, jangan nak main-main dengan aku...”, Ustaz Fahmi berkata dengan nada yang kuat.

Tidak semena-mena pula ketua kampung dirasuk seperti orang hysteria. Dan berlakulah perbualan di antara makluk tersebut dengan Ustaz Fahmi.

“ Kenapa kau menganggu mereka yang tinggal di rumah ini???, Ustaz Fahmi menyoal.

Makhluk  yang menumpang di dalam badan tuk ketua tersebut hanya mendiamkan diri. Ustaz Fahmi cuba menyoal makhluk tersebut sekali lagi. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya ,makhluk tersebut pun bersuara...

“ Aku bukannya nak ganggu mereka, aku Cuma nak berseronok je dan tujuan aku juga nak cari tuan baru...”.
“ Tu ke sebabnya kau menyerupai tuan kau dalam bentuk pocong...??”, Ustaz Fahmi menyoal.

Makhluk yang merasuk di dalam badan ketua kampung mengangguk.
Lantas, Ustaz Fahmi menggunakan helah dengan memujuk makhluk tersebut bahawa ada seseorang yang ingin membela makhluk tersebut, namun ada syarat yang dikenakan, iaitu makhluk tersebut haruslah menunggu benih kacang yang akan ditanam oleh ustaz Fahmi di dalam hutan sehingga ia bercambah. Benih kacang yang ditanam oleh Ustaz Fahmi sebenarnya tidak boleh bercambah. Ini kerana Ustaz Fahmi telah menggunakan kacang yang sudah direbus. Akhirnya, Mad dan Hakim serta penduduk kampung tidak diganggu lagi. Namun Mad dan Hakim mengambil keputusan untuk berpindah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka.

Friday 8 April 2011

SANTAU

                “ Mak!!...mak!!....oi mak!!..”, Anisa menjerit lantang, namun tiada panggilan. Anisa mula cemas lantas ditolaknya pintu rumah yang tidak berkunci itu.

“ Ya Allah...apa dah jadi ni..”, Anisa menangis di sisi ibunya sambil merangkul tubuh ibunya yang lemah. Anisa menepuk-nepuk pipi ibunya yang berlumuran darah itu supaya sedar, namun tiada sebarang tindak balas. Anisa berlari melangkah ke rumah Pak Longnya untuk meminta bantuan apabila tiada tidak balas yang diberikan oleh ibunya. Hasratnya pulang dari kolej ke rumah adalah untuk mengejutkan ibunya dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun lain pula jadinya apabila dia pulang ke rumah.

Sesampainya Anisa di rumah Pak Long, Anisa terus masuk ke rumah Pak Long tanpa memberi salam lantas mendapatkan Pak Longnya yang sedang membaca surat khabar. Anisa terus menceritakan perihal yang berlaku kepada ibunya.

“ Bagaimana boleh jadi macam itu Anisa..”, Pak Longnya memandu kereta  sambil bertanya kepada Anisa ketika dalam perjalanan ke rumahnya.
“ Nisa tak tahu Pak Long....Nisa pun baru je sampai ni..”
“ Ehm, kalau macam tu, kita pergi jemput anak Pak Seman sekejap..”, Pak Longnya lantas membelok ke simpang yang menuju ke rumah Pak Seman.
“ Pak Long nak buat apa jemput anak Pak Seman tu, kan mak tengah sakit tu, jomlah balik..”,
“ Ishk..kamu ni, anak Pak Seman tu doktor, senang nak suruh dia tengok-tengokkan mak kamu nanti..”.

****

“ Bagaimana dengan keadaan ibu saya....er..??, Anisa menuding jarinya kea rah doktor tersebut.
“ Panggil saja saya Hakim... ibu awak Cuma mengalami pendarahan biasa, mungkin dia terhantuk di bucu meja kot, namun keadaan dia tidak membahayakan, hanya kecederaan kecil, ni ubat-ubatnya...kalau ada apa-apa masalah yang berlaku kepada ibu awak..awak terus pergi ke klinik saya di hujung kampung ni...”.
“ Baik doktor, terima kasih ye....berapa bayarannya??, Anisa lantas mengeluarkan dompetnya.
“ Takpe la cik....”
" Anisa...”
“ Ha..cik Anisa, takpe saya ikhlas menolong, lagipun sekarang bukan waktu bekerja, saya hanya terima bayaran hanya ketika saya berada di klinik sahaja..”, Hakim menolak dengan lembut.

Anisa menjadi serba salah.

 “ Jangan lah begini doktor, serba salah saya dibuatnya, dah la saya menganggu waktu doktor berehat...”, Anisa merayu.
“ Tak mengapa...saya ikhlas.., baiklah saya pulang dulu ya, kalau ada sakit apa-apa jangan lupa datang ke klinik saya ya..”, Hakim berlalu sambil melambaikan tangannya ke arah Anisa.
“ Aduh sakitnya kepala ni...eh Nisa bila balik, kenapa kepala mak berbalut ni”, soal Mak Piah.
“ Mak jatuh tadi, habis kepala mak berdarah, mak berehat la dulu ya, biar Nisa ambilkan mak air untuk mak minum ye”, lantas Nisa bangun menuju ke arah dapur.

****

“ Mak, hari ini Anisa nak pergi pekan sekejap la...nak beli barang dapur, mak nak kirim apa-apa ke??” Nisa memandang maknya yang sedang baring.
“ Takpe la..mak tak nak apa-apa.”, jawab Mak Piah.

 “ Erm..ye la kalau begitu ...mak rehat ye, Anisa pergi dulu.

Sudah setengah jam lamanya Anisa menunggu bas, namun kelibat bas tidak kelihatan langsung. Dia mula berasa hampa. Apabila kakinya mula untuk melangkah untuk pulang ke rumah, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapannya.

“ Eh Nisa...nak pergi mana?? Boleh saya tumpangkan...”.
“ Oo doktor rupanya..saya nak pergi pekan la..tapi bas tak sampai-sampai lagi.
“ Kalau begitu marilah saya tumpangkan, lagipun saya pun nak pergi ke sana,”, lantas Anisa masuk ke dalam kereta.

Setelah lama kedua-duanya mendiamkan diri semasa dalam perjalanan ke pekan...,

“ Awak...”, erm serentak la pula, kelakar kan, Hakim berkata.
“ Kalau begitu awak cakaplah dulu, ‘lady first’, Hakim tergelak. Anisa pun tersenyum sipu.
“ Awak ni kerja doktor ni dah lama ke??’
“ Oo..tak lama sangat baru je dua tahun,” Hakim menjawab.
“ Maknanya umur awak sekarang dah 29 tahun la ye...”
“ Erm....kenapa Nampak muda ke??”, Hakim cuba menceriakan suasana dengan lawaknya.
Anisa tergelak...” tak Nampak muda pun, Nampak tua lagi adalah”.
“ Amboi pandainya dia buat lawak...,” Hakim berkata. Masing-masing ketawa.
Sepanjang perjalanan ke pekan, begitu banyak perkara yang diperbualkan oleh mereka.
“ Erm...awak dah sampailah, saya turun dekat sini je ye”, Anisa berkata.
“ Tak payah, saya nak pergi cari ‘parking’ dulu, kemudian kita pergi beli barang yang awak nak beli tu sama-sama, nanti balik pun kita balik sama-sama,”.
“ Eh, tak payah la...nanti menyusahkan awak pula,” Anisa berasa serba salah.
“ Tak susah la, lagi pun kita satu arah kan,” lantas Hakim tersenyum.

***

“ Assalamualaikum.....”
“ Waalaikumussalam.....eh Akmal, lama dah kamu tak datang tengok Mak Piah..jemputlah masuk”, Mak Piah mempelawa.
“ Lama ke??, baru je minggu yang lepas saya datang, kenapanya? Mak Piah rindu ke saya ke???,” Akmal berseloroh.

Akmal merupakan anak rakan Mak Piah yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan Anisa, dalam diam-diam Mak Piah telah berjanji kepada rakannya iaitu Rozana untuk menjodohkan Anisa dengan Akmal.

“ Kenapa dengan kepala Mak Piah ni??,” Akmal memegang kepala Mak Piah.
“ Terjatuh semalam, tu la berbalut ni,”
“ Assalamualaikum...mak Nisa dah balik ni, lantas Anisa naik ke rumah lalu pandangan yang tertaut dengan Akmal.
“ Nisa ni mak kenalkan, anak kawan mak....... Akmal,... eh! siapa kat belakang kamu tu, Mak Piah menuding jarinya ke arah Hakim.
“ Oh...lupa pula Nisa mak....mak ni Nisa kenalkan doktor Hakim, anak Pak Seman dialah yang tolong balutkan luka mak semalam.
“ Hakim...anak Seman”, Mak Piah teringat peristiwa lampau.

 Tahun 1975 :

“ Seman tolonglah jangan buat aku begini, aku ni anak dara lagi, kau pun dah kahwin kan, berdosa tu, ingat Allah Seman”, Sapiah merayu kepada Amran.
“ Ada aku kisah, dah lama aku mengindam ke kau, kau tau tak....lagi satu aku nak lepaskan rasa marah aku kat mak dan bapak kau sebab menolak pinangan aku, kau tau tak...aku  malu sangat waktu tu, dahlah mereka  menghina aku, aku rasa terhina tau. Dengan ini, biar dia dapat malu, hahaha...”, Amran ketawa.
“ Seman....jangan!!,”.
“ Mak...mak...,” Anisa cuba mengejutkan Mak Piah yang tengah mengelamun.
Serta merta Mak Piah terjaga dari lamunannya.
“ Kau anak Seman yang tinggal kat hujung kampung tu ye??, Mak Piah menyoal Hakim.
“ Saya makcik....kenapa??, Hakim mencurigai Mak Piah.
“ Takde apa-ape, saja Tanya. Bapak kau hidup lagi ke???, Tanya Mak Piah lagi.
“ Dia dah tiada, dia meninggal waktu mengerjakan umrah di Mekah”, Hakim menjawab.
“ Erm....”.

Dalam fikiran Mak Piah dia sudah merancang sesuatu.

“Aku tak kan lepaskan kau Seman walaupun kau dah mati”,  Mak Piah berbisik perlahan.

***
Perkenalan Anisa dengan Hakim bertambah erat sehingga mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada hujung tahun ini, namun perkara tersebut mereka tidak megutarakan pada kedua-dua belah pihak keluarga mereka.

“ Mak...Anisa nak keluar kejap ni, nak jumpa doktor Hakim.
“ Sejak akhir-akhir ni, mak tengok kamu selalu je keluar dengan si Hakim tu, kamu ada apa-apa ke??,” Mak menyoal.

Anisa malu-malu.

“ Erm...sebenarnya kami berdua bercinta la mak....”, Anisa tersipu-sipu.

Mak Piah berasa geram, namun disembunyikan perasaannya.

“ Kalau begitu, suruhlah dia masuk meminang, tak baik asyik keluar berdua-duaan, nanti ada yang mengata, mak tak suka,” balas Mak Piah.

Anisa terkejut akan penyataan maknya, lantas dia segera menelefon Hakim, untuk mengatakan perkara tersebut . Sebenarnya Mak Piah telah mempunyai rancangan bagi melunaskan dendamnya yang sudah lama dipendam.

***
Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah sekali, namun disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Sewaktu makan beradab, tiba-tiba Hakim telah mengalami muntah-muntah. Hakim bukan memuntahkan segala isi lauk yang dimakan namun dia memuntahkan darah yang disertai dengan rambut, paku dan serpihan kaca-kaca. Bapa saudara Hakim berasa hairan.
“ Hakim, awak ni kena santau ni....”, seorang lelaki tua tiba-tiba berkata.
“ Ha!@@! Santau....”, seisi majlis terkejut.

Hakim tidak mempercayai kata-kata orang tua itu. Baginya mustahil dia boleh terkena santau, sedangkan dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.

Mak Piah hanya memandang dari jauh, namun dalam hatinya gembira kepalang. Untuk mengelakkan dia disyaki, lantas dia berpura-pura mangambil berat akan Hakim. Majlis persandingan dihentikan dengan serta merta.

“ Abang ok tak...??”, Anisa bertanya.
“ Ok sikit, Anis tak payah risau la, muntah biasa je...”, Hakim membalas.
“ Muntah biasa apanya abang, abang tu kena santau tau...,” Anisa membidas kata-kata Hakim.
“ Anis rasa kan mesti Akmal yang buat, lagipun sebelum Anis kahwin dengan abang, mak sebenarnya nak menjodohkan Anis dengan dia...”, Anis berprasangka.
Hakim cuba mempertahankan Akmal.
“ TAk baik Anis tuduh orang sebarangan, fitnah tu merupakan dosa besar Anis...
Namun kata-kata Hakim tidak melekat pun dalam hati Anis.

***
Semakin hari, Hakim bertambah teruk, asyik muntah sahaja, makan pun tak lalu sehingga badannya susut. Mak Piah sangat gembira apabila melihat keadaan Hakim. Hakim seperti mengesyaki Mak Piah, kerana setiap kali Mak Piah melawatnya di rumah, Mak Piah tidak pernah senyum, Tanya khabar akannya pun apabila Anisa berada di rumah. Suatu hari, seorang kenalan lama Hakim, Firdaus datang menjenguk Hakim.

“ Aku tengok kau ni makin teruk Hakim...., aku ada seorang Pak Saudara, seorang ustaz, mana tau dia boleh ubati kau, kita cuba je la....”, Firdaus member cadangan.

Setelah lama berfikir, Hakim memberi persetujuan.

“ Bila kau nak bawa aku??,” Hakim menyoal.
“ Kita pergi lusa, nanti aku beritahu dia...”,  Firdaus berkata.
Hakim dan Firdaus bertolak ke rumah Pak Saudara Firdaus seperti yang dijanjikan pada waktu malam. Sesudah sampai, Hakim memperkenalkan dirinya. Pak saudara Hakim menenung raut muka Hakim dengan tenungan yang tajam. Hakim berasa tidak selesa.
“ Pak cik rasa, anak ni kena santau...”.
“ Ha!!!...santau....”, Hakim terkejut.
“ Biar betul pakcik, saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa pun selama ni...”, Hakim berkata.
“ Mungkin ada orang dengki akan kejayaan anak, kita tak tau hati manusia nak.....”, Pak Saudara Firdaus membuat telahan.
“ Siapa yang buat pak cik??,” Hakim menyoal.
“ Erm..tak baik pak cik beritahu, biarlah...nanti akan tahu juga...”, Pak Saudara Firdaus membalas.

Seminggu selepas Hakim pulih, Anisa mendapat panggilan telefon dari abangnya yang menyatakan Mak Piah sakit teruk. Mereka pulang ke kampung sejurus selepas mendapat panggilan telefon tersebut.

“ Mak..mak kenapa ni...???,” Anis menyoal.

Tiba-tiba Mak Piah merangkak perlahan-lahan menerpa ke arah Hakim.

“ Hakim...maafkan mak nak....”, Mak Piah menangis sambil meraung-raung.

Hakim terpinga-pinga.

“ Mak kenapa ni...mak tak pernah pun buat salah pada hakim..”

Mak Piah pun menceritakan perbuatannya  menghantar santau kepadanya dengan menceritakan peristiwa yang menyebabkan dia berbuat demikian, Mak Piah terbatuk-batuk ketika cuba mengatakan kesalahanya.

“ Sekarang,...mak menyesal Hakim...mak tak patut menyimpan dendam kepada kamu kerana kesalahan ayah kamu..mak betul-betul menyesal..”, Mak Piah melahirkan kekesalan.
Hakim menarik nafas yang panjang.

“ Sudahlah tu mak...perkara yang dah berlaku ini, kita jadikan ikhtibar, Hakim tak menyalahkan mak pun...,” Hakim berkata.
“ Terima kasih nak...”, Mak Piah membalas.

Mak Piah dibawa oleh Hakim untuk berubat dengan Pak saudara Firdaus. Alhamdulillah, akhirnya Mak Piah telah sembuh. Akhirnya Mak Piah sudah melupakan peristiwa lamanya, dan cuba membuka lembaran baru untuk menerima keluarga menantunya.

PEWARIS SAKA

“ Mila..., tolonglah mak nak, mak tak tahan dah..,” Mak Som merayu.

Mila serba salah, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Dengan nada sebak Mila berkata,

“ Mak, Mila minta maaf maaf mak, Mila tak nak bersetongkol dengan iblis dan syaitan mak. Nanti akan dilaknat Allah mak....”, Mila sebak.

Tiba-tiba Mak Som menengking,

“ Kau nak tengok aku menderita begini ke???, kau tak kesiankan aku ke??, kau seorang sahaja anak aku, menyesal aku lahirkan kau dulu..”, Mak Som meninggikan suara.

Mila, tidak sanggup lagi mendengar rayuan ibunya lagi, dia takut sekiranya dia berada lama di bilik ibunya, dia akan berasa kesian, berkemungkinan dia akan menerima tawaran ibunya iaitu mewarisi saka yang dibela sejak zaman nenek moyangnya. Lantas dia segera keluar dari bilik ibunya. Mak Som hanya memandang Mila dengan perasaan marah.

***
“ Mama..mama, Hani laparlah...”, Hani merengek.

Hani merupakan anak tunggal kepada Mila.

“ Hani lapar, sekejap mama hidangkan lauk ye , nanti panggil papa sekali okey,”, Mila berkata.

Hani lantas pergi ke ruang tamu untuk memanggil papanya. Namun langkahnya terhenti di hadapan bilik neneknya. Dia terdengar suara neneknya, seperti sayup-sayup memanggil namanya. Dia ingin melangkah masuk ke bilik neneknya, tetapi ibunya pernah mengingatkannya supaya jangan sesekali masuk ke bilik neneknya tanpa ibunya atau papanya.  Namun,suara tersebut cuba mempengaruhinya. Lantas kakinya melangkah perlahan-lahan memasuki bilik neneknya.

“ Nenek okey ke??,” Hani menyoal.

Mak Som tersenyum. Bagus, kalau Mila tak nak tak mengapa, aku boleh bagi kepada Hani, getus hatinya.

“ Hani....,” Mak Som berkata.
“ Ye nek..,” Hani memandang neneknya yang terbaring di atas tilam using itu.
“ Sebelum nenek pergi, nenek nak hadiahkan Hani rantai, Hani janji dengan nenek jangan sesekali menanggalkan rantai ini, waima disuruh oleh mama dan papa Hani ye..,” lantas Mak Som menanggalkan rantainya yang sentiasa dipakainya.

Hani pula seperti terpukau, lalu memakai rantai tersebut. Sejurus selepas Hani menyarungkan rantai pemberian Mak Som di lehernya, Mak Som terus menghembuskan nafasnya dalam keadaan mengerikan kerana tiba-tiba sahaja tubuhnya bertukar menjadi hitam , tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya disertai dengan guruh. Hani terpaku di sebelah Mak Som.

“ Hani...Hani....,” Mila memanggil anaknya. Dia risau jika bekalan elektrik putus dengan tiba-tiba kerana di luar hujan sangat lebat disertai dengan guruh dan petir.
“ Abang..abang ada Nampak Hani tak, tadi Mila suruh dia ajak abang makan, Mila cari dalam bilik dia pun tiada...”, Mila melahirkan kerisauan.
“ Jangan-jangan....”, mereka memandang kea rah bilik Mak Som. Lantas mereka menuju ke bilik Mak Som.

Mila dan Saufi terkejut melihat tubuh Mak Som yang mengerikan. Lantas Mila memeluk tubuh Hani yang seperti dalam keadaan trauma.

“Hani tak apa-apa ke??,” Mila menyoal. Hani hanya menganguk.
“ Mila abang nak pergi ke rumah ketua kampung sekejap, nak menghabarkan kematian mak....”, Saufi berkata.
“ Mila ikut....”
“ Ishk...nak ikut buat apa, siapa nak jaga jenazah ni, tak baik jenazah ditinggalkan sendirian di rumah, abang pergi bukan lama, sekejap je...”, Saufi membalas.

Mila hanya mengangguk.

“ Abang hati-hati ye, hujan ni...”, Mila melahirkan kerisauan kerana hujan masih lebat di luar.

Sepanjang Saufi ke rumah ketua kampung, Mila cuba bertenang, untuk menghilangkan perasaan takutnya Mila membaca surah yassin di sebelah jenazah ibunya. Hani pula dari tadi tidak berkelip-kelip memandang jenazah neneknya.

Tiba-tiba, Mila merasakan seperti ada angin bertiup melintasinya. Laju...lantas dia menoleh ke belakang. Mila seperti ternampak kelibat melintas laju di hadapan bilik ibunya. Dia cuba memberanikan diri dengan menjenguk ke luar bilik, namun tiada sesiapa pun. Dia mula berasa seriau. Nak kata kucing, tak mungkin kerana ibunya tidak pernah membela kucing.

Tok..tok....kedengaran bunyi pintu diketuk. Lantas Mila menuju ke pintu utama untuk membukanya, namun apabila dibuka, tiada sesiapa. Mila mula ketakutan, lantas ditutupnya pintu, lalu berlari menuju ke bilik ibunya. Mila berasa risau apabila dia dapati jenazah ibunya serta anaknya tiada di situ. Lantas dia menjerit-jerit memanggil nama anaknya.

“ Hani...hani....”, namun tiada sahutan.

Tiba-tiba Mila ternampak Hani sedang duduk di meja makan sambil menjamu selera.
Mila berasa lega apabila Hani berada di situ, namun dia masih risau kerana jenazah ibunya tiada sewaktu dia ke bilik ibunya selepas membuka pintu utama tadi. Sedang Mila berfikir, Hani berkata,

“Mama...mama tak nak makan ke....cuba tengok nenek tu, makan sampai bertambah...Hani tersenyum sambil menunjuk tempat kosong di hadapannya.
Mila terpana..., nenek....getus hati Mila.

“ Mila..Mila, abang dah balik, Saufi menjerit. Lantas Mila memaut tangan anaknya, lalu dia segera berlari mendapatkan suaminya.
“ Abang...jenazah mak takde...”, pucat muka Mila.

Saufi segera menuju ke bilik ibunya. Mila mengekori dari belakang.

“ Ni ada je...,” Saufi berkata.

Mila pelik...tadi takde, dia berkata dalam hati.
“ Perasaan Mila je kot..”, Mila menyedapkan hatinya.
“ Erm....tadi abaang dah cakap kepada ketua kampung, dia akan datang sebentar lagi dengan yang lain. Kamu siap-siaplah apa yang patut,” lalu Saufi mengambil surah yassin untuk dibaca.

***
Sewaktu memandikan jenazah Mak Som, kesulitan telah berlaku, kerana baunya terlampau busuk sehinggakan dari lima orang yang dipertanggungjawabkan untuk memandikan jenazah hanya tinggal dua orang, kerana mereka tidak sanggup dengan bau tersebut. Pengebumian jenazah Mak Som pun, ramai yang tidak hadir kerana mereka tidak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan.

Selepas kenduri tahlil berakhir, Mila serta sanak saudara yang terdekat masuk ke bilik masing-masing untuk tidur akibat keletihan. Sekitar pukul 3 pagi, Mila terjaga, dia terdengar suara seperti orang bercakap-cakap. Lalu dia mencari-cari gerangan suara tersebut. Terasa seperti mahu gugur jantungnya apabila mendapati anaknya berada di bilik arwah neneknya sedang bercakap berseorangan.

“ Hani..mari masuk tidur kat mama...”, Mila memaut tangan Hani. Namun Hani menepis.
“ Tak nak, Hani nak berborak dengan nenek...nenek kata dia rindu kat Hani...”, Hani menjauhkan diri daripada.

Mila berasa seriau, lalu dia berlari menuju ke biliknya, namun ketika  mahu mengejutkan suaminya, dia dapati Hani lena tidur di sebelah suaminya.

Keesokkan harinya, Hani menceritakan peristiwa yang berlaku semalam. Suaminya menganggap yang Mila hanya bermimpi.

“ Abang, kita balik KL hari ini juga ye...Mila risaulah...”, Mila memberi cadangan.
“ Kita balik lusa la....lagipun tak elok kan, mak awak kan baru meninggal....”, Saufi berkata.

Sedang mereka bercakap-cakap, Hani datang kea rah mereka.
“ Hani nak makan ke?, Mila menyoal.
“ Nak....’.

 Ketika Hani sedang menjamu selera, Mila terpandang akan rantai yang dipakai oleh Hani. Lantas ditanyanya.

“ Hani....hani dapat dari mana rantai tu...?, Mila menyoal dengan penuh curiga, kerana rantai tersebut seperti kepunyaan ibunya.
“ Oh..rantai ni, nenek yang bagi, dia kata Hani tak boleh sesekalipun tanggal...”

Mila merapatkan dirinya dengan suaminya, lalu dia berbisik.

“ Hani, bak sini rantai tu, Hani kan kecik lagi, biar papa simpan dulu..bila Hani dah besar nanti papa bagi balik....”, Saufi memujuk.
“ Tak nak, lalu Hani berlari menuju ke biliknya.
“ Bagaimana ni abang, Mila rasa kan, mak dah turunkan pewaris saka dia kepada Hani melalui rantai tu la...”, Mila menyatakan pendapatnya.

Saufi berfikir sejenak.

“ Kalau begitu, malam ni abang akan panggil Tuk Imam Ali, supaya cuba tengokkan Hani.

***
Tuk Imam Ali, sampai ke rumah mereka selepas Isyak.
“ Tuk Imam..tolonglah tengokkan keadaan anak saya ni, saya takut mak mertua saya dah mewariskan sakanya kepada anak saya ni...”, Saufi berkata.
“ Saya akan cuba...pergilah panggil dia sekarang...”.

Mila segera menuju ke bilik Hani, lalu memimpin dia ke ruang tamu. Hani memandang tajam kea rah Tuk Imam tersebut. Tuk Imam cuba berkomunikasi dengan Hani, namun Hani tiba-tiba bertukar menjadi agresif dengan cuba menerkam tuk Imam Ali, namun sempat dipegang oleh Sanak saudaranya.

“ Kenapa kau datang sini, aku susah payah nak cari tuan yang baru, kau pula cuba memusnahkna harapan aku....”, Hani berkata, namun suaranya menjadi garau seperti suara lelaki.

Tuk Imam hanya bertenang. Lantas dia menanggalkan rantai yang dipakai oleh Hani. Hani menjerit-jerit lalu pengsan.

“ Tolong..tolong aku, aku nak bergantung kepada siapa lepas ni, aku perlukan tuan”, kedengaran suara pada rantai tersebut.
Tuk Imam Ali tidak mengendahkan rayuan suara tersebut lantas, dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran lalu dihembusnya kea rah rantai tersebut. Kemudian dia membalutkan rantai tersebut dengan kain hitam.

“ Besok, kamu buangkan rantai ni ke sungai hujung kampung ni, jangan sesekali kamu membuka balutan ini, “ Tuk Imam Ali memberi pesanan kepada Saufi.
Saufi mengucapkan terima kasih kepada Tuk Imam Ali. Malam itu juga, Saufi sepakat untuk meninggalkan rumah tersebut selepas membuang rantai tersebut di sungai hujung kampungnya itu.

***
3 Tahun kemudian....

“ Abang....cuba tengok ni, Sarah jumpa benda ni kat tebing sungai tadi....”, Sarah menunjukkan benda yang berbalut kain hitam tu.
“ Bukalah...”, Hakim berkata.

Apabila mereka membukanya, mereka dapati ada seutas rantai di dalamnya. Mereka berasa gembira, lantas Hakim memakaikan  rantai tersebut di leher isterinya.

Kini saka tersebut sudah mempunyai pewaris. Tanpa mereka sedari, mereka merupakan tuan baru kepada saka tersebut.

INIKAH CINTA?

***
Hidupku begitu ceria dengan hari-hari yang indah. Aku tidak seperti perempuan yang begitu menjaga akan kekemasan diri apabila berada di rumah. Bagiku apabila berada di luar dan berhadapan dengan masyarakat sahaja kita perlu menjaga penampilan diri. Bagiku tempat yang paling bagus untuk menghabiskan masa dan melepak ialah rumah...”RUMAHKU...SYURGAKU”.....MIYA

Sejak akhir-akhir ini isteriku semakin renggang denganku, sehingga mengambil keputusan untuk meminta aku menceraikan dia. Namun, aku masih menyayangi dia, aku tidak mengerti kenapa dia meminta aku menceraikan dia sedangkan aku masih cintakan dia. Tidak pernah berlaku pertengkaran antara kami, mungkin disebabkan aku terlampau mementingkan kerjaya sehingga terlupa melayani......AZMEER



****
“ Akhirnya sampai juga aku kat sini, masih seperti dulu, teringat kenangan bersama ayah....,” 

Lama Azmeer berdiri di halaman sambil mengimbau kenangan lama bersama ayahnya, namun kenangan hanya tinggal kenangan, ayahnya yang dikasihi sudah lama menghadap Illahi sejak sepuluh tahun yang lalu sewaktu dia berusia 20 tahun.  Lamunannya terhenti apabila hujan turun renyai-renyainya.

  Baik aku masuk sekarang, hari pun dah hujan ni....minta-minta la adik ada kat rumah. ”

Rumah peninggalan ayahnya, sebenarnya diduduki oleh adiknya, Anita yang merupakan seorang janda selepas kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya 4 tahun yang lepas. Kerana kasihankan adik dia yang tiada tempat untuk bergantung, Azmeer menyuruh adiknya tinggal di rumah tersebut yang diwarisi ayahnya kepadanya. Apabila Azmeer masuk ke rumah, dia dapati rumahnya seperti tongkang pecah, barang-barang semuanya bersepah.

  Apa ni...adik!!!!...”, azmeer menjerit, namun tiada sahutan kedengaran.

Tiba-tiba Azmeer ternampak sekujur tubuh yang ditutupi surat khabar, dia segera mencari barang yang boleh digunakan untuk melindungi dirinya, perasaan risau dan takut menyelubungi dirinya, takut ada mayat yang mati dibunuh dalam rumah tersebut. Azmeer mencapai kayu besbol yang terletak di stor lalu menguis-guis tubuh tersebut. Tiba-tiba tubuh tersebut bergerak dan bangun. Azmeer terkejut dan melompat sambil merenung wajah tubuh tersebut. Lama dia merenung wajah tersebut dan dia barulah dia sedar bahawa dia seperti pernah nampak wajah tersebut..
               
“ Miya!!!....”, Azmeer menjerit.

Miya terkejut mendengar jertan tersebut lalu bangun dari tidur,

“ Eh..boss buat apa kat sini??hehehe...” , Miya bertanya dengan penuh persoalan dengan keadaan tersengih-sengih.
“ Sepatutnya, saya yang tanya awak kenapa awak kat sini, ni rumah saya.....”
“ Bukan ke ni rumah Anita, saya tinggal dengan dia la boss...”
“ Anita tu adik saya....tapi mana Anita???”
“ Oo..hari ni dia kerja, biasalah kerja dengan syarikat swasta, cuti pun jarang dapat.... Boss nak minum tak?? Biar saya ambilkan....”

Pelik la perempuan ni, di pejabat kemas bukan main, tapi sekarang selekeh sangat, dah la bangun lambat, siapalah yang malang agaknya dapat dia ni, getus hati Azmeer.
               
“ Boss.. minumlah..”

Azmeer memandang Miya dengan penuh kehairanan,
               
“ Awak nak saya minum terus dari botol ni ke tanpa gunakan gelas ke???”
                “ Oo.. saya terlupa, sekejap ye.. saya pergi ambil gelas ye..”

Azmeer hanya mengelengkan kepala melihat kelatah Miya.

                “ Boss... sebenarnya kenapa boss datang sini..??”
“ Saya sebenarnya nak tinggal kat sini buat sementara waktu untuk menenangkan fikiran, saya rasa awak kena keluar dari rumah ni, kerana tak manis kita tinggal sebumbung..”
                “ Tapi Boss...”
                “ No excuse..”

Petang itu, Azmeer duduk di halaman rumah yang menghadap kolam ikan dan sebuah taman yang direka oleh arwah ayahnya sewaktu dia kecil lagi. Dia berasa tenang sangat berada di tempat itu, namun ketenangannya terganggu apabila dia mendengar Miya menjerit.
               
  Kenapa awak menjerit ni..??”
                “ Saja je..nak melepaskan ‘tension’, hehehe...”, Miya tersengih-sengih.
                “ Awak ni pelik la....”

Anita yang baru pulang, terkejut melihat kereta abangnya di halaman rumah, dia segera mendapatkan abangnya.
               
“ Kenapa abang datang tak telefon Nita dulu?? “
                “ Sebenarnya abang nak tinggal kat sini buat sementara waktu la Nita..”
                “ Habis tu  Kak Lynn bagaimana??”
“ Dia minta cerai dengan abang, jadi abang nak tenangkan fikiran dulu... Miya teman serumah kamu tu, kalau boleh suruh la dia tinggal kat tempat lain..”
“ Abang kalau abang nak tinggal kat sini, tinggallah, saya tak kisah tapi biarlah Miya tinggal di sini, kalau dia tiada sunyilah saya, lagipun abang dengan dia bukan tinggal berdua, saya kan ada, takkannya kena tangkap basah, jangan risaulah”.

Azmeer hanya mengganguk mendengar kata-kata Nita. Ah lantak la, asalkan aku dapat tenangkan fikiran, getus hati Azmeer. Malam itu, Azmeer duduk lagi di tempat kegemaran dia, tiba-tiba..
“ Boss..boleh saya tanya tak?? Boss ada krisis ke dengan isteri boss ke..??”
                  Yang awak nak menyibuk ni kenapa?? Dah pegi lepak tempat lain la..”
“ Kenapa pula saya kena lepak tempat lain, ni kan ‘port’ saya...setiap malam saya akan lepak kat sini, bagi saya dengan cara ni saya akan mendapatkan ketenangan..” Miya berhujah.
“ Mengenai isteri boss tu, kalau tak nak beritahu saya pun takpe la, kalau boss dah bersedia nanti, beritahu je pada saya, saya sudi mendengarnya....saya masuk dulu la boss, nanti boss tak tenang pula tengok saya kalau saya kat sini makin kacau pula jiwa boss tu..”, Miya lantas bergerak ke biliknya sambil ketawa.

Azmeer melihat bahawa ada kejujuran dalam diri Miya melalui matanya, untuk menjadi pendengar yang setia. Keesokkan harinya, Azmeer pergi ke tempat kerja seperti biasa, sebelum dia bertolak dia memberikan pesanan kepada Miya,
               
“ Kat tempat kerja, jangan heboh-heboh kata kita tinggal bersama.. faham..”
                “ Yess, my boss...hehe..”, Miya senyum dengan senyuman yang nakal.
                “ Erk..malam ni kat tempat biasa ek, kalau nak dengar masalah saya”.

Miya terkedu seketika, kerana bossnya seorang yang ego, kalau di tempat kerja jarang dia nampak bossnya berborak-borak dengan ‘staff’ kecuali Fatin sebab Fatin merupakan setiausaha Azmeer. Tak sangka dia dapat mendengar luahan hati bossnya. Tak sabar rasanya dia menunggu waktu malam. Semua kerja yang ditugaskan kepadanya, dibuat dengan penuh bersemangat. Waktu rehat sudah tiba, lalu Miya membelikan bossnya makanan kerana, dia lihat bossnya terlampau sibuk. Risau pula dia tengok bossnya lapar. Tok..tok..tok..

“ Masuk..”, Azmeer jawab dalam keadaan lesu.
“ Boss, saya ada belikan makanan, jom kita makan bersama..”
“ Miya..apa awak buat ni, kita tak boleh dilihat bersama, nanti timbul syakwasangka pula..”, Azmeer memberitahu dengan risaunya kepada Miya sambil memandang sekeliling.
“ Kenapa pula boss, lagipun saya kan pekerja boss, tak salah rasanya saya belikan makanan untuk boss....jom makan, berhenti buat kerja tu dulu..”, Miya memerintah Azmeer.
“ Ye la...ye la...”

Azmeer hanya melayani kerenah Miya, kalau ditegah lagi lama Miya berada dalam biliknya, kerja masih banyak ditambah dengan masalah rumah tangganya, namun dia ceria dengan keletah Miya yang menghiburkan sewaktu makan makanan yang dibeli oleh Miya bersama-sama Miya.
               
Malam itu, sesudah solat Isyak Miya cepat-cepat pergi ke port biasa, namun dia hampa kerana Azmeer tiada di situ. Sangkanya, mungkin Azmeer belum bersedia meluahkan isi hatinya. Tiba-tiba ada suara yang menegur,
               
“ Awal....tak sabar sangat ke nak dengar kisah saya..”
                “ Hehehe...boss ni tau-tau je la..”, Miya tersenyum.

Miya sangat teruja untuk mendengar kisah bossnya sehingga membawa ‘teddy bear’ kesayangannya.
               
“ Kalau ye pun,tak payah la bawa ‘teddy bear’ ni...busuk la...tak sangka awak ada ‘teddy bear’..hahaha..”, Azmeer ketawakan Miya.
“ Apa???.... boss ingat saya  tak layak ke mempunyai teddy bear ke...huh...huh...huh...”,dalam keadaan marah Miya menjawab.
“ Huh...huh...huh...” Azmeer mengajuk Miya sambil ketawa.
“ Saya naik bilik dulu la, tak nak dah dengar kisah boss..boss cerita la kat kucing tu..” Miya  merajuk lantas bangun.
Azmeer segera memegang tangan Miya dan menariknya untuk duduk kembali.

“ Janganlah begini, saya takde pendengar dan penasihat untuk menyelesaikan masalah saya ini, please....”, Azmeer memujuk Miya.
“ Hehehe..boss ni emosional la pula, saya dengar la ni, lain kali bolehla saya gunakan taktik ni lagi... tapi jangan sesekali ejek saya lagi... okey, janji..”
“ Okey..janji..”

Sepanjang malam itu, Azmeer menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Miya sehingga pukul 4 pagi sampai mereka berdua tertidur di situ. Keesokan harinya, Anita terkedu dan terkejut melihat abangnya Azmeer tidur di sebelah Miya,
               
“ Abang, Miya...bangun-bangun..”, Anita menjerit.
                “ Dah pagi ke??”, Miya bertanya, namun dia tidur kembali disebabkan mengantuk.
                “ Oi..bangun la...” jerit Anita lagi.

Apabila Azmeer bangun, dia terkejut bahawa Miya ada di sebelahnya, sedang tidur. Miya bangun apabila Anita menjirus air padanya.

“ Oi..kenapa kau jirus air kat aku, tak tau ke aku tengah tidur ni, kacau betul la”, Miya memarahi Anita.
“ Aku tak kisah kalau kau nak tidur sini, tapi ingatlah abang aku ada kat sini, sopan la sikit...” Anita bersuara.

Miya teringatkan peristiwa semalam, dan baru dia tersedar bahawa dia mendengar kisah Azmeer sehingga tertidur di sebelah Azmeer. Namun dia tak sedar bahawa semalam Azmeer turut tidur di situ. Sewaktu Miya tidur semalam, lama Azmeer merenung wajah Miya, hatinya berdebar-debar apabila melihat wajah tersebut, seperti ada sesuatu perasaan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Adakah aku jatuh dengan dia, ah tak mungkin, dia kan pekerja aku, inikah cinta??, getus hati Azmeer. Hari itu Ahad, Miya melepak kat ‘portnya’ dalam keadaan berbaring sambil membaca majalah Remaja serta makan snek. Sambil makan, Miya bercakap seorang diri,

“ Rumah adalah tempat yang paling best...ekrr...” Miya sendawa dengan kuatnya.

Azmeer telah terdengar Miya cakap seorang diri lalu pergi mendapatkan Miya.
               
 Tak senonohnya anak dara ni, sendawa kuat plak tu...”, Azmeer menegur Miya.
“ Boleh saya tanya awak satu soalan??”, Azmeer memandang Miya dengan muka penuh persoalan.
                “ Apa bendanya boss??, Miya bertanya dalam nada kerisauaan.
“ Kenapa awak tak pergi jalan-jalan ke melepak kat luar ke, kan lebih bagus dari duduk kat rumah..”
“ Bagi saya, benda tersebut hanya membazir duit, lagipun kat rumah pun saya dapat tengok kawasan yang indah macam kat port ni, cantik kan...??”
  Ye la tu..ntah-ntah awak tak laku sebab tiada pakwe kan??....hehehe..” Azmeer mengusik Miya.
“ Huh..huh..huhh....” , Miya mencebik.
“ Huh...huh...huhh..” Azmeer mengajuk Miya sambil ketawa dan berlari-lari anak di sekeliling taman sementara Miya mengejarnya di belakang.

Di sebalik tirai langsir, Anita melihat kemesraan antara abangnya dan Miya, dalam hatinya berbunga riang, kerana selama ini abangnya jarang ketawa dan amat serius orangnya, namun dengan Miya dia lihat abangnya sangat selesa bersama dengan Miya. Dalam hatinya, dia berharap sangat Miya dapat mengantikan tempat kakak iparnya jika abangnya dan kakak iparnya Lynn bercerai.

****
“ Selamat pagi..hari ini saya ingin memperkenalkan seorang pekerja baru, Encik Danial seorang arkitek yang akan bertugas kat ‘department’ kita,” Azmeer memberitahu semua pekerjanya pada pagi itu.

Apabila Miya melihat jejaka yang bernama Danial, dia merasakan ada sesesuatu perasaan dan hatinya mula berdebar-debar.

                “ Maaf, Cik..cik....!!!”
                “ Ops, maaf tak dengar awk panggil saya...”
“ Teringatkan ‘boyfriend’ ke?? Kalau belum berpunya boleh la saya mengorat awak, ‘anyway’ saya Danial..selamat berkenalan”, Danial memperkenalkan dirinya dalam nada serius.
“ Saya Miya..”
“ Sedap nama tu, akan saya simpan dalam ingatan saya,” Danial berlalu meninggalkan Miya dengan penuh persoalan kepada Miya.

Miya berasa bahawa Danial mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Malam tu selepas solat Isyak Miya segera mendapatkan Azmeer di ‘port favourite’ mereka,

“ Boss!!!”, Miya menjerit....
“ Kenapa awak ni menjerit-jerit panggil saya..???

Miya berasa malu untuk menceritakan peristiwa tersebut kepada bossya, namun untuk menutup malunya dia bermadah,
               
“ Boss...kalau ada orang cakap nak mengorat kita, orang tu serius ke??”
“ Kenapa, ada orang nak mengorat awak ke??, saya rasa memang malanglah orang tu..kah..kah..kah”, Azmeer mentertawakan Miya sehingga berair matanya.

Miya gelabah apabila Azmeer dapat menangkap perkara yang ingin disampaikan kepada bossnya.

“ Erk..bukan saya la boss, siapa tu..hah Yana yang cakap kat saya ,dan tanya pendapat saya, tapi saya bukan lelaki jadi  saya tanya bosslah sebab bos kan lelaki..”, Miya menelan air liurnya.
“ Tak payah lah nak bermadah-madah dengan saya, saya tau awak kan??”, Azmeer memandang Miya.

Bagaimana  dia boleh tau pula ni, kantoi la aku, getus hati Miya.

“ Miya sebenarnya kalau lelaki cakap macam tu, maknanya dia suka kat awak...”, Azmeer bercakap dalam nada serius, namun terbit perasaan cemburu dalam dirinya.
“ Ye ke boss..???, Miya memandang Azmeer dengan mata berkelip-kelip.

Miya tersenyum seorang diri. Azmeer perasan dengan perubahan Miya yang asyik tersenyum seorang diri, macam kerang busuk. Miya tak mahu Azmeer bertanya lebih lanjut akan perkara tersebut lalu mengubah topik.
               
“ Boss, bagaimana dengan isteri boss ??”
                “ Awak rasa patut ke saya ceraikan dia..??, Azmeer memandang Miya.
                “ Boss kan masih sayangkan dia, tak payah la bercerai boss, boss pujuk la dia..”
                “ Em..nanti lah saya cuba telefon dia..”, Azmeer menjawab lesu.

Malam itu sungguh indah dengan suanana yang nyaman dan bintang-bintang berteraburan di langit. Mereka berdua berbual-bual sampai pukul 12 malam. Sebelum tidur, Azmeer mengucapkan terima kasih kepada Miya.
               
“ Kenapa boss ucapkan terima kasih pada saya??,Miya bertanya dengan penuh kehairanan.
“ Keraana awak telah menghiburkan saya malam ni, dah lama saya tak rasa gembira begini” , ucap Azmeer.

Namun dalam hati Azmeer mengatakan bahawa masih ada ruang untuk mencintai Miya, namun dia masih mencintai isterinya Lynn. Sebelum tidur Azmeer menelefon Lynn, namun tak diangkat. Tidur agaknya...getus hati Azmeer.

“ Selamat pagi boss....Nita....”, Miya bercakap dengan nada gembira.
“ Awal kau bangun Miya..aku mimpi ke ni...cuba kau cubit aku..”

Anita hairan dengan perubahan Miya tersebut. Lantas Miya mencubit Anita dengan kuatnya.
               
“ Aduh sakit la..”, Anita menjerit.
                “ La..tadi suruh sangat aku cubit...”, Miya ketawa.
                  Kalau ye pun janganlah cubit kuat sangat, sakit tau..” Anita memarahi Miya.
                “ Maafkan saya....”, Miya tersengih-sengih sambil meminta simpati Anita.
Dalam hati Azmeer terbit rasa cemburu, dia dapat mengagak bahawa tentu Miya gembira sangat sebab jatuh cinta dengan seseorang yang bernama lelaki.

“ Miya awak nak pergi kerja dengan saya tak?? Lagipun kereta awak masuk bengkel kan??, nak cari bas susah kat kawasan ni...jom...”, Azmeer mempelawa Miya.

Miya terkedu mendengar pelawaan Azmeer. Anita pun pelik memandang tingkah laku abangnya pagi itu.
               
“ Eh..boss tak takut ke nanati ada ‘gossip’ kat pejabat kita??”
“ Apa salahnya...hehehe...”, Azmeer ketawa, namun dalam hatinya berkata, “ apa salahnya kita digossipkan saya pun dah mula jatuh cinta kat awak Miya...”.

Anita tersenyum melihat abangnya, dia tahu bahawa abangnya mula menyukai Miya. Dia pun berharap sangat Miya dapat mengantikan kakak iparnya kak Lynn. Sampainya mereka di tempat kerja banyak mata-mata yang memandang mereka keluar dari kereta termasuk Danial. Timbul perasaan cenburu dalam diri Danial apabila dia melihat Miya berdua-duaan dengan Azmeer dalam keadaan yang sangat mesra.

“ Pergh...tak lama lagi dapat la kita makan nasi minyak ...”, Farid berseloroh dengan rakan sepejabat yang lain.

Miya yang terdengar akan perbualan tersebut segera mencelah.

                “ Wei..siapa yang nak kahwin ni??, Miya bertanya dengan penuh kehairanan.
“ Bukan ke kau dengan boss,  pergi kerja sama pula tu...hehehe..”, Azman dan yang lain ketawa.
Azmeer yang terdengar perbualan tersebut segera membela Miya,

“ Ehem-ehem..”, Azmeer mendehem.

Semuanya yang berada di situ terkejut.

“ Untuk pengetahuan semua, saya tidak mempunyai hubungan dengan Miya pun, tadi saya jumpa dia kat perhentian bas, risau pula saya kalau dia sampai lambat, jadi saya tumpangkan  dia,  jangan pandai-pandai nak mereka cerita ek...”, Azmeer berkata dalam nada serius.

Miya menarik nafas lega, risau juga nanti Danial tak nak ke dia. Tiba-tiba ada suara yang menegur dia dari belakang.

“ Nasib baik, perkara tu hanya khabar angin, risau jugak saya kalau awak ada apa-apa dengan boss, awak ‘single’ lagi ke??”, Danial bertanya kepada Miya.

Miya berdebar-debar memandang Danial. Mukanya merah menahan malu.

                  Erk..erk..erk..saya masih ‘single’ lagi..”, Miya menjawab dengan tergagap-gagap.

Miya berasa gelabah sangat apabila berhadapan dengan Danial.

“ Baguslah kalau begitu, sudi tak awak makan tengah hari dengan saya hari ini..”, Danial memandangkan Miya dengan penuh harapan.

Lama Miya terdiam kerana terkedu mendengar pelawaan Danial.

                “ Miya...Miya!!..” Danial memegang bahu Miya.

Miya tersedar dari lamunannya.

“ Tak mengapalah kalau tak sudi, mungkin awak nak makan dengan Encik Azmeer kot...”, Danial merajuk.
“ Tak-tak, pukul berapa tengah hari ini..” Miya memandang Danial.
“ Waktu rehat pukul 1, saya tunggu awak kat bawah ek, jangan lambat tau...”, lantas Danial mencuit hidung Miya.

Miya terpana melihat kelakuan Danial. Inikah namanya cinta.
               
Malam itu seperti biasa, Miya duduk di ‘port favouritenya’ sambil menanti bossnya yang suka melepak tempat yang sama, hampir setiap malam mereka melepak di port itu bersama-sama. Azmeer ternampak Miya, “ mesti dia nak cerita kat aku lagi”, getus hati Azmeer. Azmeer segera melangkah perlahan-lahan untuk ke biliknya supaya tak disedari oleh Miya. Namun, Miya terlebih dahulu ternampak dia.
               
“ Boss.. sini lah”, Miya menjerit.

Ishk...baru je nak larikan diri, getus hati Azmeer.
               
“ Kenapa??”,
“ Boss tadi dia ajak saya makan dan melamar saya jadi kekasih dia..”, Miya bercerita dalam keadaan gembira.
                “ Siapa si dia tu...??”, Azmeer bertanya dengan penuh debaran.
                “ Danial...”,

Azmeer kecewa kerana lelaki yang bernama Danial telah berjaya mencuri hati perempuan yang bernama Miya.

“ Anyway boss, saya nak belanja boss dan Anita makan, sebab saya gembira sangat malam ini..”, Miya tersenyum.
“ Tapi Nita kan kerja ‘over time’ hari ni, mumgkin balik lambat....”, Azmeer menjawab.
“ Tidak mengapa, nanti kita belikan makanan untuk dia.. jom...”

Azmeer memandang Miya yang sudah bersedia menunggu dia di depan pintu pagar rumah.
               
“ Miya awak pakai baju ini je ke..??”, sambil memandang Miya dari atas sehingga ke bawah.

Miya hanya memakai jersey dan seluar track serta berselipar jepun.
               
“ Ape salahnya boss, kan dah malam ni, bukannya ada orang nak tengok pun...”,
                “ Awak tak risau ke kalau Danial nampak awak...??”, Azmeer bertanya.
  Yang boss ni nak risau ni kenapa, kalau boss tak nak ikut, saya pergi seorang..”, lantas Miya meninggalkan bossnya.

Azmeer segera mengejar dan membuntuti Miya ke kedai makan. Sampainya mereka di kedai makan, ada sepasang mata telah ternampak mereka berdua lalu terus mendapatkan mereka berdua.

“ Miya..!!”, Danial menjerit memanggil Miya dalam keadaan bengang.

Miya sangat terkejut melihat Danial, lebih-lebih lagi dia hanya memakai jersey.

“ Danial apa awak buat kat sini...??”, Miya bertanya dengan penuh kerisauan.
                “ Awak tanya saya... awak dengan Encik Azmeer buat apa kat sini, datang berdua je ke..??,”

Danial menahan amarahnya. Miya memandang Danial dalam keadaan serba salah lalu memandang Azmeer.
               
“ Danial sebenarnya macam ni..”, Azmeer cuba untuk memberitahu hal yang sebenarnya.
“ Encik Azmeer saya tak sangka encik sanggup merampas kekasih saya, bukan ke encik dah beristeri, encik tak malu ke??, Danial memandang muka Azmeer.

Azmeer cuba menahan amarahnya namun, Azmeer mengeluarkan kata-kata yang tidak dijangka olehnya,

“ Saya dah ceraikan isteri saya..lagipun saya suka pada Miya, awak berdua pun belum berkahwin , jadi tak salah saya cuba untuk mendapatkan dia..”, Azmeer berkata dengan tenangnya.

Tiba-tiba Danial melepaskan tumbukannya kepada Azmeer. Bukk..
“ Miya.. baik awak pilih saya atau dia...??”, Danial menjerit.

Miya serba salah namun dia pergi mendapatkan Azmeer, lalu berkata kepada Danial,
               
“ Kita baru saje berkenalan, tak sampai pun 24 jam menjadi kekasih, awak dah mempunyai sikap cemburu buta, kalau begini kita putus sahajalah Danial..lebih baik saya kahwin je dengan Encik Azmeer daripada awak..”, Miya menjerit.

Namun air mata telah mengalir keluar melalui matanya tanpa disedarinya. Danial segera meninggalkan mereka berdua. Azmeer terkedu mendengar kata-kata Miya. Mereka berdua tidak jadi menjamu selera, mereka berdua balik ke rumah dan melepak di tempat biasa.

“ Boss, sini saya nak tengok muka boss....lebam ni boss, kita ke hospital??”, Miya berkata dalam nada kerisauan.

Azmeer lantas memegang tangan Miya,
               
“ Tak payah la, lagipun bukan teruk pun...”, Azmeer menjawab.

Miya lantas mengambil minyak untuk disapukan ke muka Azmeer. Azmeer mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada Miya,
               
“ Miya, maafkan saya ek..disebabkan saya awak dan Danial putus..”,
“ Takpe la boss, lagipun boss telah menyelamatkan saya....dia pun cepat sangat cemburu, kalau la saya hidup dengan dia untuk selama-lamanya, alamat merana la saya...”, Miya menjawab dengan tersengih-sengih.
Azmeer lega kerana Miya tidak memarahinya.
               
“ Boss betul ke boss dah ceraikan isteri boss??”,Miya bertanya sambil tangannya ligat menyapu minyak kepada Azmeer.
“ Erm..saya dah ceraikan dia, saya lebih rela dia tak hidup bersama saya lagi, takut dia makin terluka dan terseksa, lagipun dia dah ada lelaki lain..”, Azmeer menjawab sambil matanya merenung kunang-kunang yang terbang di sekeliling taman buatan tersebut.

Hatinya tenang melihat kunang-kunang tersebut terbang dengan bebasnya.

                “ Miya...”, Azmeer bersuara.
                “ Ya boss...”, Miya memandang muka Azmeer.

Azmeer berasa serba salah ingin mengatakan perasaannya kepada Miya.

“ Miya..sebenarnya, saya dah mula jatuh hati sejak pertama kali saya tengok awak tidur di sebelah saya waktu saya menceritakan masalah rumah saya...kalau boleh....”,

 Azmeer terhenti apabila ternampak Anita. Anita memberikan isyarat supaya menerskan kata-katanya dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

                “ Erk..kalau boleh apa boss..”, Miya bertanya dalam keadaan serba-salah.
“ Kalau boleh saya nak jadikan awak isteri saya...”,Azmeer memandang Miya dengan penuh harapan.

Miya terkedu mendengar kata-kata Azmeer, lalu menjawab,

“ Boss tak kisah ke...saya kan selekeh, nak basuh baju pun seminggu sekali, nak kemas rumah pun malas, tidur pun merata-rata guna surat khabar...”, Miya sengaja menduga Azmeer.

Azmeer merenung mata Miya, lantas menarik tangan Miya ke dadanya,

“ Saya tak kisah, lagipun sejak  awak ada , saya rasa hari-hari yang dilalui sangat bermakna dan gembira dengan keletah awak yang menghiburkan, dah lama saya tak rasa perasaan begitu , kali terakhir ialah ketika arwah ayah saya masih ada...”,

 Azmeer meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“ Sebenarnya kan boss, sejak boss ada kat rumah ni pun, saya rasa gembira sangat sebab ada teman untuk menceritakan masalah, lagipun Nita pun selalu je kerja ‘overtime’, sunyi je, namun...”,

Azmeer menunggu kata-kata Miya.

“ Namun dengan kehadiran boss di rumah ini, saya pun taklah rasa sunyi sangat. Boss nak tau tak..??
Hati Azmeer berdegup dengan kencang .
“Saya mula jatuh hati kat boss waktu boss kata suka kat saya waktu kat warung tadi...hehehe”, Miya membuat lawak.
                “ Huh...huh...huh...”, Azmeer memandang Miya.
“ Huh...huh...huh...”, Miya mengajuk Azmeer sambil ketawa lalu berlari sekeliling taman buatan manakala Azmeer mengejarnya.

Azmeer berasa lega mendengar kata-kata Miya, rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Inikah namanya cinta, getus hati Azmeer.