Friday, 8 April 2011

SAKA BELAAN

“Mama....,mama dah makan ke??, kalau belum biar Wawa hidangkan..”, Wawa memandang ibuya.
“ Yang kau nak sibuk-sibuk sangat Tanya aku dah makan ke belum.. kenapa??,  ibunya Puan Mariam menengking Wawa.                               

Wawa terasa ingin menangis sahaja di depan mamanya, namun digagahi juga agar air matanya tidak jatuh bercucuran ke tanah. Hanya Allah yang tahu perasaannya pada ketika itu. Selama Wawa hidup 20 tahun, mamanya Puan Mariam selalu mencari kesalahannya, apa yang dibuatnya selalunya tidak kena dimata mamanya. Hidupnya hanya berendam air mata siang dan malam. Walaupun begitu, dia tidak pernah menyimpan sekelumit dendam pun kepada mamanya. Baginya walaupun mamanya tidak menyukainya itu, dia tetap menyanyanginya kerana dia berpegang kepada prinsip Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Haida Waheeda Natasya merupakan anak bongsu daripada 2 adik-beradik. Nama panggilan manjanya ialah Wawa. Dia mempunyai seorang abang yang merupakan seorang peguam. Abangnya juga tidak begitu rapat dengannya. Hanya ayahnya sahaja tempat dia mengadu suka dan duka sepanjang dia hidup.

“ Wawa..malam ni kau masak sedap-sedap tau, kita ada tetamu istimewa,”, kata Puan Mariam kepada Wawa.
“ Lagi satu, baju ni aku dah beli, selepas kau dah siap masak, bersiap-siap mandi kemudian pakai baju yang aku belikan ni...”,Puan Mariam mencampakkan baju kebaya yang dibelinya kepada Wawa.
“ Tapi mama, malam ni Wawa dah janji dengan kawan nak keluar jalan-jalan”,
“ Kau ni kenapa, nak jadi pelesit jalanan ke merayau malam-malam, huhh..kau tu anak dara, anak datuk pula tu, nak jadi anak derhaka ke??huhh!!!”, Puan Mariam menjengkilkan matanya      ke arah Wawa.

Wawa tidak mahu mencetuskan pergaduhan lagi dengan mamanya, dia hanya mampu mengangguk dan mengambil baju yang dicampakkan kepadanya dengan linangan air mata lalu masuk ke biliknya. Sampai hati mama campakkan baju ini ke mukaku, hina sangat ke aku sampai dia buat begini pada aku, getus hati Wawa. Tiba-tiba telefonnya berdering....tut..tut..tut..

            “ Hello, Assalamualaikum...”,
            “ Waalaikumussalam, Wawa papa ni...”,
            “ Ye papa, kenapa???”, Wawa hairan kerana papanya telefon, jarang papanya telefon jika berada di pejabat.
            “ Wawa, ada tak mama beritahu Wawa Uncle Mohsin nak datang malam ni, dengan ahli keluarga dia, ada hajat katanya, Wawa bersiap-siaplah apa yang patut, kalau boleh masaklah sebab ada orang nak merasa air tangan Wawa”, kata ayahnya Datuk Khalid dengan nada bersungguh-sungguh sambil tergelak.
            “ Mama takde pula cakap yang Uncle Mohsin nak datang, Cuma dia cakap masak sedap-sedap sebab ada tetamu istimewa nak datang, tu je..”,
            “ Ooo..mama nak buat suprise kat Wawa la tu..”,

Wawa hairan dengan ayat yang diungkapkan oleh papanya, seperti ada makna tersirat.

            “ Okeylah Wawa, kita jumpa kat rumah nanti,Assalamualaikum...”, Datuk Khalid mematikan talian.

Apa yang papa ingin katakan ek...pelik la papa ni. Petang itu sebelum Maghrib semua lauk-pauk sudah dimasak oleh Wawa tanpa bantuan orang gajinya. Terdapat 6 jenis lauk-pauk yang telah disediakan oleh Wawa, antaranya ialah ikan siakap masak 3 rasa, ayam percik, kangkung masak sambal belacan, sambal udang petai, sotong goreng dan sayur bayam serta sedikit ulam-ulaman. Sesudah solat Isyak Wawa bergegas turun ke bawah untuk menyiapkan apa-apa yang patut sebelum tetamunya sampai. Namun , sebaik sahaja dia turun, dia terdengar bunyi loceng ditekan....ting –tong...ting-tong..., ting-tong...Wawa bergegas membuka pintu. Hatinya tiba-tiba berdegup dengan kencang dan perasaan berdebar-debar menerpa dirinya. Ya Allah hensemnya, getus hati Wawa.

“ Assalamualaikum....ini rumah Datuk Khalid ke??”,
“ Wa..Wa..Walaikummussalam, ha’ah ni rumah DAtuk Khalid, encik ni siapa??,”, Wawa tergagap-gagap.
“ Saya Ameer...Ameer Amirul Ridwan, anak Uncle Mohsin, boleh saya masuk,”, pemuda itu memperkenalkan drinya.
            “ Wawa, siapa tu...,” Datuk Khalid bertanya lantas menuju ke pintu.
            “ Oo..Ameer, sorang je ke, jemput masuk...ayah mana??,” Datuk Khalid berjabat tangan dengan pemuda tersebut.
            “ Ayah on the way, ayah suruh Ameer pergi dulu untuk tengok puas-puas bakal isteri Ameer ni, dia kata kalau dia ada sekali susah nak tengok...,”Ameer memandang Wawa sambil bergurau senda dengan datuk Khalid.

Bakal isteri...siapa dia, ah lantak la baik aku ke dapur siapkan apa-apa yang patut. Wawa segera meninggalkan papanya dengan Ameer. Namun baru sahaja dia ingin melangkah ke dapur, papanya memanggilnya.
            “ Wawa..nak pergi mana tu, mari sini berborak-borak dengan tetamu, biar Mak Piah yang hidangkan makanan tu,” kata Datuk Khalid.
           
Wawa resah waktu dia duduk berdua-dua bersama-sama Ameer, hatinya gelisah kerana Ameer memandangnya begitu lama. Papanya telah meninggalkan mereka berdua, katanya ingin menolong Mak Piah di dapur. Pelik papa ni, baru sekarang nak tolong orang gaji kat dapur, kalau hari lain tak nak pula, getus hati Wawa.
           
“ Awak...awak tahu tak tak lama lagi kita berdua akan dikahwinkan..,” Ameer memandang Wawa.
            “ Huhh...”, Wawa terkejut mendengar khabar tersebut dari Ameer.
Ameer terguris apabila Wawa menunjukkan reaksi begitu.
            “Awak tak suka ke kita berdua dijodohkan??, awak tahu tak sejak kecil lagi saya dah mula jatuh hati terhadap awak,” Ameer memegang tangan Wawa.
            “ Ameer tolonglah kita bukan muhrim, lagipun saya tak nak fikirkan tentang perkahwinan , lagipun saya muda lagi,saya mahu sambung belajar lagi....kita pun bukan kenal sangat pun” Wawa merayu kepada Ameer.

Perbualan mereka terhenti apabila kedua-dua ibu bapa Ameer sudah tiba. Wawa perasan bahawa muka Ameer berubah apabila Wawa meluahkan perkara itu kepadanya.

            “ Nampaknya besan kita dah sampai, marilah kita makan, lagipun nasi dah nak sejuk”, papanya berkata.

Sewaktu di meja makan Ameer hanya senyap dan hanya makan sedikit sahaja. Puan Mariam perasan akan perubahan Ameer. Usai makan, Wawa ke dapur untuk berkemas, mamanya menurutinya ke dapur dan berbisik kepadanya,
            “ Apa yang kau dah cakap pada Ameer sampai dia tak lalu makan,”

Wawa tersentak apabila ibunya dapat mengetahui perubahan Ameer.
            “ Aku tak kira kau kena kahwin juga dengan Ameer, lepas ni keluarga dia nak merisik kau, kau kena setuju, kalau tak kenalah kau nanti,” Puan Mariam berpesan kepada Wawa.
Apalah nasib aku, nak kahwin pun kena ikut cakap mama, kalau tak ikut lagi teruk dia kerjakan aku nanti. Keluarga Uncle Mohsin serta papa dan mamanya sudah berkumpul di ruang tamu.
            “ Bagaimana dengan perbincangan kita hari itu Khalid,kau terima tak,” Tanya Mohsin.
            “ Aku terima je, lagipun Wawa memang seorang anak yang mendengar cakap, dia tak membantah selalunya.
Tiba-tiba Ameer menyampuk,
            “ Ayah, Ameer tak nak kahwin dengan Wawa,lagipun dia bukan ada hati pun pada Ameer” Ameer meluahkan apa yang terbuku di hati.
Puan Mariam memandang Wawa dengan perasaan marah yang amat sangat. Mesti dia punya kerja ni, getus Puan Mariam. Wawa berasa takut dengan pandangan mamanya, lalu dia segera mencelah,
            “ Ameer, saya terima lamaran ini...”,
Ameer terkejut dengan kata-kata Wawa.
            “ Bukan ke awak cakap tadi...”,
            “ Saya Cuma nak duga awak je”,Wawa mencelah sambil tergelak untuk menutup rahsianya.

Hati Wawa berasa bersalah sangat terhadap Ameer, dia takut tak dapat membahagiakan Ameer sebab hatinya tidak terbuka lagi untuk Ameer, lagipun usianya masih muda. Dari tempat duduknya, dia dapat lihat kegembiraan terpancar dari wajah Ameer.
            “ Kiranya jadilah ni ye..,” Uncle Mohsin berjabat tangan dengan papanya.

Malam itu, semua persiapan perkahwinan dibincangkan. Tarikh perkahwinannya ditetapkan pada bulan hadapan. Bermakna lagi 3 mingggu dia akan bergelar isteri kepada Ameer. Namun di sebalik kedukaannya untuk berkahwin, ada orang lain yang gembira akan perkahwinan tersebut. Akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk  mengahwinkan dia, lagi cepat dia mengandung, lagi senang kerja aku. Aku kena berbaik-baik dengan dia ni, kalau tak rosak rancangan aku, Puan Mariam bermonolog dalaman. 
           
Hanya tinggal sehari sebelum perkahwinannya dilangsungkan,namun hatinya tidak seceria seperti bakal-bakal pengantin baru yang lain. Nalurinya berkata ada sesuatu bakal terjadi, tapi Wawa tidak tahu apa bendanya. Hanya Ameer yang begitu teruja, sampaikan sanggup cuti lama untuk menyiapkan persediaan perkahwinan mereka.
           
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pasangan pengantin tersebut amat padan seperti pinang dibelah dua. Ameer begitu segak dengan persalinannya, sementara Wawa Nampak berseri-seri dengan baju pengantinnya yang berwarna hijau pucuk pisang. Ketika pasangan memperlai sedang bersanding, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya disertai dengan ribut petir. Wawa berasa takut lantas memeluk Ameer. Semua tetamu yang hadir bertempiran lari masuk ke dalam rumah. Habis khemah-khemah yang dipasang runtuh akibat hujan tersebut. Patutlah aku rasa tak sedap hati je, rupa-rupanya ada sesuatu yang bakal terjadi, getus hati Wawa.
            “ Yam, apa yang awak buat ni,” Datuk Khalid berbisik kepada Puan Mariam.
            “ Saya tak buat apa-apa pun, saya rasa benda tu mengamuklah sebab tak jamu dia,”balas Puan Mariam.
            “ Kenapa awak tak beri apa yang dia nak??,” Datuk Khalid memarahi Puan Mariam.
            “ Macammane saya nak beri, lagipun dia nak minum darah Wawa, selama ni pun dia hanya minta darah ayam, tapi pelik pula semalam tiba-tiba dia minta darah anak kita Wawa,”
Datuk Khalid mengeluh,
              Kita terpaksalah lepaskan benda tu malam ni untuk jamu darah Wawa sikit, kalau tak mengamuk lagi dia, awak pastikan dia tak ganggu orang lain, faham...”, Datuk Khalid memerintah Puan Mariam.
Puan Mariam mengganguk tanda faham.
           
Malam mula menjelma. Malam itu merupakan malam pertama Wawa bergelar isteri selepas diijab kabulkan pada padi tadi. Perasaannya tidak sedap hati tiba-tiba menerpa. Ameer yang baru sahaja selesai mandi selepas solat isyak segera mendekati Wawa dan cuba untuk memeluk Wawa. Namun Wawa segera menepis badan Ameer yang sasa itu,
            “ Abang, Wawa belum bersedia lagi, berilah Wawa masa untuk memberi ruang kepada abang,” Wawa menangis.
Ameer tersentak mendengar kata-kata Wawa, lantas dia merapati Wawa,
            “ Maafkan abang sayang, baiklah abang akan memberikan Wawa masa untuk menerima abang, ambillah seberapa lama masa yang Wawa perlukan,” Ameer bangun lantas mengambil bantal dan selimut dan segera membaringkan dirinya di atas permaidani berhampiran dengan katil mereka.

                Hatinya terguris dengan perlakuan Wawa tadi, sangkanya Wawa sudah menerima dia namun rupa-rupanya Wawa belum dapat menerimanya. Adakah Wawa marah, disebabkan pinangannya, Wawa terpaksa kahwin pada umur yang sangat muda. Wawa berasa sangat bersalah kepada Ameer, lagipun Ameer sudah menjadi suaminya yang sah, Ameer mempunyai hak untuk menyentuhnya.
            “Abang, Wawa nak minta maaf, marilah tidur di atas katil lagipun sejuk ni, lantas Wawa menarik tangan Ameer.
            “ Takpelah sayang, abang takut abang tak dapat kawal nafsu abang nanti, biarlah abang tidur di bawah,” lantas Ameer mencuit hidung Wawa. Walaupun kata-katanya berunsur lucu, namun jauh di sudut hatinya, dia masih terguris dengan kata-kata Wawa sebentar tadi.
           
Jam menunjukkan pukul 1 pagi, namun Wawa tidak dapat ,melelapkan matanya. Jantungnya tiba-tiba berdegup dengan kencang. Tiba-tiba seperti ada kelibat bergerak di hujung katilnya. Jari kakinya terasa pedih sangat lantas dia bangun, dan dia dapati ada lembaga  sedang menghisap darah di ibu jari kakinya, Wawa segera menerpa  ke arah suaminya Ameer dan lantas mengejutkannya.
            “ Abang...abang bangun!!.,” Wawa mengoncangkan badan Ameer.
Ameer terpisat-pisat bangun.
            “ Kenapa sayang??,” Ameer bertanya dalam keadaan risau apabila melihat wajah isterinya pucat.
            “ Tadi ada lembaga cuba menghisap ibu jari Wawa,” lantas Wawa menunjukkan ibu jarinya yang bengkak akibat dihisap oleh lembaga tersebut.

Ameer segera membacakan ayat kursi lalu dihembuskan kepada isterinya, agar isterinya berasa tenang.
            “ Dah la Wawa pergi tidur, lagipun dah lewat malam ni...”, Ameer memujuk Wawa.
            “ Abang..Wawa takut la, abang tidur dengan Wawa ya..”, Wawa merengek.

Ameer menggangguk lantas mengangkat Wawa ke atas katil dan mendodoikan Wawa seperti kanak-kanak kecil. Akhirnya Wawa terlena juga akibat terlalu mengantuk dan keletihan. Keesokkannya, Wawa terkejut apabila Ameer sedang tidur di sebelahnya sambil memeluknya. Baru dia teringat peristiwa semalam apabila memandang wajah Ameer yang sedang tidur itu. Lantas dikejutnya Ameer untuk sembahyang subuh. Usai sembahyang, Ameer bertanya kepada Wawa mengenai peristiwa semalam.
“ Apa yang sayang nampak semalam??,”
“ Wawa Nampak lembaga hitam di hujung katil kita abang, apabila Wawa bangun Wawa lihat benda tu sedang hisap ibu jari Wawa, patutlah Wawa rasa pedih sangat ibu jari ni,” lantas Wawa menunjukkan ibu jarinya kepada Ameer. Ameer terkejut apabila ibu jari kaki Wawa semakin membengkak lantas dia mengambil minyak gamat lalu menyapunya ke ibu jari kaki Wawa.
“ Pedih tak??,” soal Ameer.
“ Pedih sikit....,” Wawa berkerut-kerut cuba menahan kepedihan tersebut.

Sesudah menyapu minyak tersebut, mereka berdua beriringan turun ke bawah untuk bersarapan. Datuk Khalid perasan Wawa jalan terhencut-hencut lalu segera mendapatkannya.
            “ Kenapa ni Wawa..???,” Datuk Khalid bertanya dalam nada kerisauan.

Wawa telah menceritakan kejadian semalam kepada Datuk Khalid. Di sebalik tangga Puan Mariam telah terdengar perbualan tersebut, lantas segera pergi ke bilik rahsianya di bilik bawah tanah.
            “ Apasal dia boleh sedar ko hisap ibu jari kaki dia!! Kan aku dah pesan berhati-hati...susah la kerja kita lepas ni...,” Puan Mariam memarahi saka belaannya.
Muka Datuk Khalid berubah apabila mendengar cerita tersebut daripada Wawa.
            “ Oo..benda tu nak menganggu je tu Wawa, maklumlah darah manis,” Datuk Khalid bergurau namun di sudut hatinya risau jika Ameer dapat mengetahui benda itu adalah saka belaannya.
            “ Kamu berdua sarapan dulu, papa nak panggil mama kamu turun,” Datuk Khalid segera naik ke bilik.

Namun, Ameer dapat menangkap perubahan muka Datuk Khalid sewaktu Wawa menceritakan kejadiaan semalam. Hatinya berasa tidak sedap. Sesampainya Datuk Khalid ke bilik lantas dia membuka pintu untuk ke laluan rahsia bilik bawah tanah.
            “ Yam, macamane benda ni boleh terlepas sampai Wawa boleh tersedar kehadirannya semalam??,” Datuk Khalid menyoal Puan Mariam.
            “ Maaflah abang, Yam tak sangka pula boleh jadi begini, lain kali Yam akan berhati-hati,” Puan Mariam melahirkan kekesalannya.
Datuk Khalid mengangguk lantas mengajak Puan Mariam ke ruang makan untuk bersarapan.     

*******

Hari ini, Ameer dan Wawa akan menaiki kapal terbang ke Switzerland untuk berbulan madu. Hanya Ameer yang gembira namun Wawa hanya bermuram. Ameer yang perasaan akan perubahan Wawa segera menanya Wawa,
            “ Sayang, kenapa ni??, sayang tak suka ke..??,”Ameer mengusap rambut Wawa.
            “ Wawa kan dah cakap Wawa belum bersedia, kenapa abang bawa Wawa pergi berbulan madu pula,” Wawa menepis tangan Ameer.

Ameer tersentak dengan kelakuan Wawa. Amarahnya tidak dapat dibendung lagi.
            “ Wawa ni kenapa, setiap kali abang nak bermesra dengan Wawa, Wawa mesti cakap belum bersedia, abang rimas tau, kalau tak suka kenapa Wawa terima lamaran abang hari itu??,” Ameer berang.
            “ Wawa kan masih muda dan belum bersedia untuk menjadi isteri, Wawa terima lamaran abang pun sebab mama, kalau Wawa tak terima nanti mama marah Wawa,” Wawa teresak-esak menangis.

Ameer berasa kasihan melihat Wawa, lantas dipeluknya Wawa.
            “ Abang minta maaf Wawa, abang terlalu mengikut perasaan, sepatutnya abang memahami situasi Wawa, sorry ek...,” Ameer memujuk Wawa.

Sepanjang berada di dalam perut kapal terbang mereka berdua hanya diam, tidak sepatah pun perkataan mereka keluarkan. Sesampainya di Negara Switzerland, Ameer segera mendapatkan teksi untuk pergi ke hotel yang telah dia tempah. Sampainya di hotel, Ameer memberikan kunci kepada Wawa tanpa mengucapkan sepatah perkataan. Wawa pelik apabila melihat ada 1 lagi kunci di tangan Ameer.
            “ Kenapa ada 2 kunci, kita tak menginap sebilik ke??, Tanya Wawa.
            “ Abang takut nanti Wawa semakin membenci abang, lebih baik begini, nanti kita balik Malaysia kita beritahulah kita menghabiskan masa bersama-sama sampai tak boleh berenggang,” Ameer berkata sinis.

Wawa berasa bersalah kepada suaminya, lantas dia memeluk Ameer.
            “ Abang, Wawa tak berniat pun nak menguris hati abang tadi, memang salah Wawa, tapi Wawa harap biarlah kita menginap sebilik je, Wawa takut peristiwa malam pertama kita akan berulang kembali,”.

Ameer hanya mengangguk lantas memulang kunci yang lagi satu di kaunter.
            Malam itu,Ameer mengambil angin malam di balkoni sendirian. Wawa yang baru sahaja selesai sembahyang isyak segera mendapatkan Ameer.
            “ Abang...”, Wawa menegur Ameer.
            “ Ehmm....,” Ameer menjawab endah tak endah.

Wawa semakin serba salah terhadap Ameer.
            “ Abang, sebenarnya, pertama kali kita berjumpa selepas sekian lama, hati Wawa berdebar-debar, namun Wawa cuba untuk menangkisnya, lagipun Wawa masih muda, belum terfikir pun kea rah itu, tetapi apabila abang cakap yang kita bakal menjadi suami isteri, Wawa rasa nak menangis je sebab harapan Wawa untuk sambung belajar musnah begitu sahaja, tu sebabnya Wawa rasa perkahwinan ini lah yang menyebabkan Wawa membenci abang sedikit sebanyak,” Wawa meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Ameer tersentak mendengar kata-kata Wawa.
            “ Maafkan abang sayang, abang tak tahu pun Wawa membenci abang disebabkan perkahwinan ini...kalau Wawa nak sambung belajar abang izinkan asalkan Wawa kena berada di sisi abang, tu je yang abang inginkan.”

Wawa gembira mendengar kata-kata Ameer.
            “ Betul ke ni,”
            “ Betul sayang....lagi satu abang nak Tanya,betul ke Wawa berdebar-debar tengok abang hari tu,” Ameer menguji Wawa.
            “ A’ah la..,” jawab Wawa malu-malu.
            “ la ingatkan kita seorang je nak ke dia, rupa-rupanya dia pun ada hati kat kita rupanya,” Ameer tergelak sambil mencuit hidung Wawa.

Malam itu mereka berdua menghabiskan masa bersama-sama sambil bercerita mengenai perihal diri masing-masing.

****
Ameer sangat gembira apabila Wawa sudah boleh menerima dia sebagai suami. Kehidupan rumah tangga mereka semakin aman, tiada lagi perselisihan faham berlaku antara mereka. 6 bulan kemudian Wawa disahkan hamil. Wawa berasa gembira sangat kerana dia bakal melahirkan anak sulung. Sepanjang  Wawa mengandung, Wawa memperbanyakkan membaca ayat-ayat al-quran, untuk melindungi dirinya dan kandungannya daripada gangguan syaitan. Wawa terpaksa menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu. Ameer pula sering kali meluangkan masa bersama-sama Wawa, risau takut apa-apa terjadi kepada Wawa.
           
Sejak Wawa mengandung, Puan Mariam sering melawat Wawa, tiada lagi kata-kata kasar yang dikeluarkan dari mulutnya kepada Wawa. Wawa bersyukur sangat melihat perubahan mamanya. Namun di sebalik kebaikan yang ditonjolkan oleh Puan Mariam, ada makna tersirat di sebalik kelakuannya itu.

 Hanya tinggal beberapa hari lagi tarikh kelahiran anak sulungnya, namun hati Wawa berasa tidak sedap seperti ada perkara buruk akan menimpanya. Wawa dimasukkan ke hospital awal bagi memudahkan proses untuk bersalin. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, namun Wawa telah meningggal dunia ketika melahirkan anaknya. Ameer meraung apabila mendapat tahu bahawa Wawa dan anaknya telah pergi buat selama-lamanya.  Apabila melihat jasad Wawa dan anaknya sangat menyayat hati, kerana tubuh mereka  kurus kering tidak berdarah seperti darahnya dihisap oleh makhluk halus.

Malam itu juga jenazah Wawa dan anaknya dikebumikan. Ameer telah pengsan beberapa kali sewaktu mengiringi jenazah ke kuburan. Datuk Khalid berasa amat sedih kerana Wawa telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Sekembalinya, Datuk Khalid ke rumah,dia segera pergi ke bilik bawah tanah.
           
“ Apa yang kau dah buat ni, bukan ke perjanjian kita hanya ambil anak sulung Wawa sahaja, bukannya sekali dengan Wawa, Kau memang syaitan, menyesal aku membela kau, nyah kau dari sini,” Datuk Khalid memarahi sakanya.

Tiba-tiba Puan Mariam menyampuk.
           
“ Bukan salah benda tu, aku yang suruh dia,” Puan Mariam membela saka tersebut.
            “ Sampai hati awak, Wawa tu anak kita, kenapa awak sanggup buat dia begitu,” Datuk Khalid menengking Puan Mariam.

Puan Mariam bengang apabila Datuk Khalid menyalahkan dia 100%.
           
“ Biarlah budak tu mampus, aku pun bukan suka dia sangat, dasar anak sial,” Puan Mariam ketawa.

Datuk Khalid berang mendengar kata-kata Puan Mariam lantas dicekiknya Puan Mariam. Namun saka belaan mereka bertindak dengan lebih pantas dengan menerkam Datuk Khalid lantas dibunuhnya Datuk Khalid. Seluruh isi perut Datuk Khalid terburai keluar. Puan Mariam tergelak puas.
           
“ Padan muka, itulah akibatnya bermain dengan api...hahaha...,” suara Puan Mariam memecah keheningan malam yang pekat itu.

Malam itu, saka belaannya  berpesta menikmati jasad Datuk Khalid yang telah mati itu. Keesokan harinya seisi keluarga Puan Mariam dan besannya gempar peristiwa kehilangan Datuk Khalid. Puan       Mariam mereka menceritakan bahawa Datuk Khalid tidak dapat menerima kematian anak perempuannya lantas membawa diri ke luar Negara buat seketika. Ameer berasa syakwasangka dengan kelakuan Puan Mariam yang amat aneh, seperti suka akan pemergian Datuk Khalid ke luar Negara.

Malam itu merupakan hari ketiga kenduri tahlil diadakan di rumah ayah mentuanya Datuk Khalid. Ameer berasa tidak sedap hati pada malam itu. Usai sahaja kenduri tahlil itu, Ameer terus masuk tidur akibat keletihan. Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi bising di kawasan dapur,lantas Ameer turun untuk menjenguk, takut-takut ada pencuri yang masuk.

 Ameer terkejut apabila dia melihat ada satu lembaga yang berbungkus seperti pocong sedang berdiri menghadap lebihan makanan kenduri tadi. Apabila dia amati lama-lama wajah pocong itu, dia melihat seperti wajah arwah isterinya Wawa. Lantas dia membaca ayat kursi dan melaungkan azan sekuat-kuatnya, kerana dia tahu bahawa semua itu adalah kerja syaitan durjana. Di sebuah bilik, seorang perempuan meraung-raung dan menjerit-jerit..
           
“ Panas..panas..tolong aku,tolong aku...”, Puan Mariam berteriak.

Ameer yang terdengar jeritan ibu mertuanya segera lari mendapatkan Puan Mariam.

“Ibu....kenapa ni??? Bawa mengucap ibu, ingat Allah.”.Ameer cuba untuk mententeramkan Puan Mariam. Pergi kau dari sini, oi! Kau ingat kau bagus sangat ke?? Kau jangan cuba nak ajar aku pula....aku makan garam dari kau dulu tau..jangan cuba nak tunjuk hero depan aku....jerit Puan Mariam. Ameer pelik dengan perubahan suara ibu mertuanya. Sekejap bersuara garau seperti lelaki, sekejap kedengaran seperti suara ibu mertuanya. Ameer berasa semacam, lantas segera bergegas meninggalkan ibu mertuanya lalu mendapatkan telefon untuk menghubungi ustaz Hamdan yang dikenali sejak mula bekerja. Ameer mengenali ustaz Hamdan pun disebabkan mengikut kawannya yang berubat akibat terkena buatan orang.
           
“ Hello..Assalamualaikum...Ustaz, boleh tak ustaz datang ke rumah saya sekarang..”
             “ Waalaikummusalam....boleh, tapi mengapa malam-malam begini??”
            “ Ibu mertua saya ustaz...tiba-tiba sahaja menjerit tak tentu pasal ,sebabnya , tadi saya terdengar bunyi bising kat dapur, bila saya pergi tengok je, saya Nampak jelmaan arwah isteri saya berbungkus kain kapan, lantas saya laungkan azan, sejurus saya melaungkan azan, tiba-tiba je ibu mertua saya menjerit-jerit, kata panas-panas dan menengking saya. Suara dia semacam je. Seriau saya dibuatnya. Ustaz datang dengan segera ye...”.

            “ Baiklah...sementara menunggu kedatangan saya ini, awak bacalah apa-apa yang patut..” ustaz Hamdan memberikan pesanan sebelum mematikan talian.

Ameer berdebar-debar memandang keadaan Puan Mariam yang semakin teruk. Dia tidak berani untuk masuk ke bilik Puan Mariam. Bulu romanya naik dan peluh jantannya keluar dengan banyaknya. Tiba-tiba kedengaran loceng pintu berbunyi. Ameer berasa was-was untuk membukanya. Aik..aku rasa baru je aku call ustaz Hamdan, tak kan la cepatnya sampai...jarak rumahnya bukannya dekat, mahu 45 minit gamaknya. Apabila Ameer melangkah ke pintu untuk membuka pintu, hampir gugur jantungnya, apabila bukan ustaz Hamdan di depan pintu rumahnya, tapi seekor lembaga yang sangat hodoh wajahnya tersengih-sengih memandangnya sambil mengilai-gilai lalu hilang. Hampir pengsan dia, lalu Ameer mengucap untuk mengurangkan ketakutannya. Ameer terus menutup pintu lantas berlari ke biliknya, lalu menguncinya sambil memegang yassin. Berdebar juga dia, walaupun dia pernah melalai situasi begini ketika mengikut kawannya pergi berubat, namun padanya peristiwa ini paling teruk yang pernah dialaminya.

Sepanjang dia berada di dalam bilik, lembaga tersebut tidak berhenti-henti mengganggunya. Antaranya ketukan pintu biliknya sebanyak 3 kali disertai dengan salam yang tidak betul pengucapannya. Sesiapa yang mendengarnya pasti terasa ingin membuang air. Ameer juga diganggu dengan bunyi cakaran di dinding biliknya, serta bunyi air mencurah-curah di dalam bilik airnya, sedangkan dia tak membuka pun paip air di dalam bilik airnya. Sepanjang gangguan tersebut, Ameer tidak putus-putus membaca ayat-ayat al-quran yang dihafalnya bagi melindungi dirinya dari gangguan syaitan durjana yang tidak mahu anak-anak Adam hidup dalam keredaan Allah.

Selepas 30 minit, gangguan tersebut pun berhenti. Tiba-tiba telefonnya berdering. Lantas Ameer mengangkatnya.
“ Hello, ha.. Ustaz....ustaz dah sampai ke??, Tanya Ameer cemas.
  Saya dah sampai, saya kat depan pintu rumah awak, cepatlah buka..”
  Ustaz masuklah, pintu tak kuncilah, saya takutlah, tadi saya buka pintu, ingatkan ustaz rupa-rupanya benda lain. Seriau saya ustaz,” Ameer berkata-kata dalam nada bersungguh-sungguh.
“ Yela, saya masuk ye...”

Sebaik sahaja Ustaz Hamdan melangkah masuk, dia dapat merasakan ada angin menerpa mukanya. Sangat laju, nyaris dia terjatuh. Lantas dia memulakan dengan lafaz Bismillah, lalu berkata..
           
“ Dengan nama Allah yang mencipta sekalian alam, aku minta engkau keluar sekarang....jangan engkau ganggu anak cucu Adam...”.  Sejurus selepas ustaz Hamdan melafazkan kata-kata tersebut tiba-tiba kedengaran suara perempuan mengilai-gilai....lalu terpacul keluar Puan Mariam dari tangga rumah tersebut dalam keadaan sangat serabai.          
           
“ Hei orang tua...kau ingat kau boleh menandingi aku ke??? Aku dah lama menghuni di dunia ini tau tak...jangan harap kau dapat mengalahkan aku dengan ilmu kau yang tidak seberapa itu, lalu Puan Mariam tergelak disertai dengai hilaian yang boleh berdiri bulu roma jika mendengarnya.
           
“ Hei, syaitan durjana, engkau jangan ingat engkau hebat sangat...aku yakin dengan pertolongan daripada Allah S.W.T....engkau pasti akan terhapus. Sejurus itu, ustaz Hamdan membaca ayat-ayat Al-quran dengan lantangnya. Ameer yang mendengar suara ustaz Hamdan tersebut, lantas keluar dari biliknya lalu mendekati ustaz Hamdan. Lalu ustaz Hamdan menyuruhnya memanggil jiran-jiran tetangga lelaki untuk menolongnya memegang Puan Mariam, lantas kaki Ameer melangkah dengan lajunya mendapatkan beberapa orang jiran tetangganya.
           
Sampainya Ameer dan beberapa orang jiran tetangganya, ustaz Hamdan mengarahkan mereka semua memegang Puan Mariam. Kuat sungguh tenaga Puan Mariam menepis mereka semua, hampir terpelanting Ameer dan jiran-jirannya. Ustaz Hamdan kembali ke keretanya untuk mengambil jagung rebus yang dibawa dari rumahnya sebelum datang ke situ. Sebaik sahaja Ameer dan jiran-jirannya dapat memegang Puan Mariam dengan kemasnya, lantas ustaz Hamdan memegang ibu jari Puan Mariam dan menekannya dengan sekuat hati sehingga terjerit-jerit ibu mertuannya minta dilepaskan, sambil melafazkan kata-kata serta membaca ayat-ayat suci al-quran untuk menyuruh benda tersebut keluar dari tubuh Puan Mariam. Namun benda itu sangat degil, dan sanggup menipu sehingga menyebabkan semua yang berada di situ percaya akan penipuannya.
           
“ Aku tahu engkau tak keluar lagi kan??”, ustaz Hamdam berkata dengan lantangnya.
            “ Aku dah baik la ustaz..”,
              Cuba engkau mengucap, aku nak dengar...”, Ustaz Hamdan menguji.

Puan Mariam merayu, kau suruhlah budak-budak ni lepaskan aku dulu, aku rimaslah...macamane aku nak mengucap kalau aku dipegang kemas begini. Lantas Ustaz Hamdan memberi isyarat kepada Ameer serta yang lain melapaskan Puan Mariam, namun ustaz HAmdan menyuruh mereka berjaga-jaga kalau-kalau benda tersebut menipu.

            “ Cepatlah mengucap, aku nak dengar...”
            “ Sabarlah, aku nak pergi tandas sekejap nak ambil wudhuk..”
            “ Nak mengucap tak payah ambil wudhuk, mengucap je..”

Tiba-tiba Puan Mariam menjerit, oi kau ingat kau bagus sangat ke lantas cuba menerkam ustaz Hamdan. Nasib baik Ameer serta yang lain pantas bertindak memegang Puan MAriam. Puan MAriam meronta-ronta sambil menjerit...

            “ Bodoh....bangang...sial...aku dah kata jangan ganggu aku...”
            “ Kau la bodoh, bangang...sial  dasar syaitan laknat.Aku tak ganggu engkau pun, engkau yang mulakan dulu... ko memang degil , aku suruh kau keluar dengan cara yang baik, ko tipu aku ek.

Lantas ustaz HAmdan melakukan upacara mengeluarkan saka belaan tersebut lalu menyebut...
            “ Dengan ini, aku memerintahkan engkau atas nama Allah untuk menjaga jagung ini sehingga ia bercambah sampai hari kiamat. Jangan sesekali kau mengingkarinya. Jika kau ingkar, kau pasti akan dilaknat oleh Allaw S.W.T.” Sejurus ustaz Hamdan melafazkan kata-kata tersebut, terdapat kepulan asap keluar dari ibu jari Puan Mariam. Ustaz Hamdan menyuruh Ameer menanam jagung tersebut dengan segera. Usai Ameer menanam jagung tersebut, ustaz Hamdan memberi pesanan kepada Ameer serta yang lain yang turut membantu, supaya tidak cuba menggali jagung tersebut serta meminta mereka yang melihat peristiwa tersebut merahsiakan peristiwa itu bagi menjaga aib keluarga tersebut.

****
            Sejak peristiwa tersebut, Ameer telah berpindah ke luar Negara untuk menghapuskan kenangan-kenangan bahagia dan ngeri sepanjang dia berkahwin dengan Wawa. Dia berjanji akan dirinya bahawa dia tidak akan sesekali menjejakkan kakinya di atas bumi Malaysia. Baginya, biarlah dia berada di perantauan agar peristiwa tersebut tidak berulang kembali ke atas dirinya.


No comments:

Post a Comment