Friday, 8 April 2011

PEWARIS SAKA

“ Mila..., tolonglah mak nak, mak tak tahan dah..,” Mak Som merayu.

Mila serba salah, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Dengan nada sebak Mila berkata,

“ Mak, Mila minta maaf maaf mak, Mila tak nak bersetongkol dengan iblis dan syaitan mak. Nanti akan dilaknat Allah mak....”, Mila sebak.

Tiba-tiba Mak Som menengking,

“ Kau nak tengok aku menderita begini ke???, kau tak kesiankan aku ke??, kau seorang sahaja anak aku, menyesal aku lahirkan kau dulu..”, Mak Som meninggikan suara.

Mila, tidak sanggup lagi mendengar rayuan ibunya lagi, dia takut sekiranya dia berada lama di bilik ibunya, dia akan berasa kesian, berkemungkinan dia akan menerima tawaran ibunya iaitu mewarisi saka yang dibela sejak zaman nenek moyangnya. Lantas dia segera keluar dari bilik ibunya. Mak Som hanya memandang Mila dengan perasaan marah.

***
“ Mama..mama, Hani laparlah...”, Hani merengek.

Hani merupakan anak tunggal kepada Mila.

“ Hani lapar, sekejap mama hidangkan lauk ye , nanti panggil papa sekali okey,”, Mila berkata.

Hani lantas pergi ke ruang tamu untuk memanggil papanya. Namun langkahnya terhenti di hadapan bilik neneknya. Dia terdengar suara neneknya, seperti sayup-sayup memanggil namanya. Dia ingin melangkah masuk ke bilik neneknya, tetapi ibunya pernah mengingatkannya supaya jangan sesekali masuk ke bilik neneknya tanpa ibunya atau papanya.  Namun,suara tersebut cuba mempengaruhinya. Lantas kakinya melangkah perlahan-lahan memasuki bilik neneknya.

“ Nenek okey ke??,” Hani menyoal.

Mak Som tersenyum. Bagus, kalau Mila tak nak tak mengapa, aku boleh bagi kepada Hani, getus hatinya.

“ Hani....,” Mak Som berkata.
“ Ye nek..,” Hani memandang neneknya yang terbaring di atas tilam using itu.
“ Sebelum nenek pergi, nenek nak hadiahkan Hani rantai, Hani janji dengan nenek jangan sesekali menanggalkan rantai ini, waima disuruh oleh mama dan papa Hani ye..,” lantas Mak Som menanggalkan rantainya yang sentiasa dipakainya.

Hani pula seperti terpukau, lalu memakai rantai tersebut. Sejurus selepas Hani menyarungkan rantai pemberian Mak Som di lehernya, Mak Som terus menghembuskan nafasnya dalam keadaan mengerikan kerana tiba-tiba sahaja tubuhnya bertukar menjadi hitam , tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya disertai dengan guruh. Hani terpaku di sebelah Mak Som.

“ Hani...Hani....,” Mila memanggil anaknya. Dia risau jika bekalan elektrik putus dengan tiba-tiba kerana di luar hujan sangat lebat disertai dengan guruh dan petir.
“ Abang..abang ada Nampak Hani tak, tadi Mila suruh dia ajak abang makan, Mila cari dalam bilik dia pun tiada...”, Mila melahirkan kerisauan.
“ Jangan-jangan....”, mereka memandang kea rah bilik Mak Som. Lantas mereka menuju ke bilik Mak Som.

Mila dan Saufi terkejut melihat tubuh Mak Som yang mengerikan. Lantas Mila memeluk tubuh Hani yang seperti dalam keadaan trauma.

“Hani tak apa-apa ke??,” Mila menyoal. Hani hanya menganguk.
“ Mila abang nak pergi ke rumah ketua kampung sekejap, nak menghabarkan kematian mak....”, Saufi berkata.
“ Mila ikut....”
“ Ishk...nak ikut buat apa, siapa nak jaga jenazah ni, tak baik jenazah ditinggalkan sendirian di rumah, abang pergi bukan lama, sekejap je...”, Saufi membalas.

Mila hanya mengangguk.

“ Abang hati-hati ye, hujan ni...”, Mila melahirkan kerisauan kerana hujan masih lebat di luar.

Sepanjang Saufi ke rumah ketua kampung, Mila cuba bertenang, untuk menghilangkan perasaan takutnya Mila membaca surah yassin di sebelah jenazah ibunya. Hani pula dari tadi tidak berkelip-kelip memandang jenazah neneknya.

Tiba-tiba, Mila merasakan seperti ada angin bertiup melintasinya. Laju...lantas dia menoleh ke belakang. Mila seperti ternampak kelibat melintas laju di hadapan bilik ibunya. Dia cuba memberanikan diri dengan menjenguk ke luar bilik, namun tiada sesiapa pun. Dia mula berasa seriau. Nak kata kucing, tak mungkin kerana ibunya tidak pernah membela kucing.

Tok..tok....kedengaran bunyi pintu diketuk. Lantas Mila menuju ke pintu utama untuk membukanya, namun apabila dibuka, tiada sesiapa. Mila mula ketakutan, lantas ditutupnya pintu, lalu berlari menuju ke bilik ibunya. Mila berasa risau apabila dia dapati jenazah ibunya serta anaknya tiada di situ. Lantas dia menjerit-jerit memanggil nama anaknya.

“ Hani...hani....”, namun tiada sahutan.

Tiba-tiba Mila ternampak Hani sedang duduk di meja makan sambil menjamu selera.
Mila berasa lega apabila Hani berada di situ, namun dia masih risau kerana jenazah ibunya tiada sewaktu dia ke bilik ibunya selepas membuka pintu utama tadi. Sedang Mila berfikir, Hani berkata,

“Mama...mama tak nak makan ke....cuba tengok nenek tu, makan sampai bertambah...Hani tersenyum sambil menunjuk tempat kosong di hadapannya.
Mila terpana..., nenek....getus hati Mila.

“ Mila..Mila, abang dah balik, Saufi menjerit. Lantas Mila memaut tangan anaknya, lalu dia segera berlari mendapatkan suaminya.
“ Abang...jenazah mak takde...”, pucat muka Mila.

Saufi segera menuju ke bilik ibunya. Mila mengekori dari belakang.

“ Ni ada je...,” Saufi berkata.

Mila pelik...tadi takde, dia berkata dalam hati.
“ Perasaan Mila je kot..”, Mila menyedapkan hatinya.
“ Erm....tadi abaang dah cakap kepada ketua kampung, dia akan datang sebentar lagi dengan yang lain. Kamu siap-siaplah apa yang patut,” lalu Saufi mengambil surah yassin untuk dibaca.

***
Sewaktu memandikan jenazah Mak Som, kesulitan telah berlaku, kerana baunya terlampau busuk sehinggakan dari lima orang yang dipertanggungjawabkan untuk memandikan jenazah hanya tinggal dua orang, kerana mereka tidak sanggup dengan bau tersebut. Pengebumian jenazah Mak Som pun, ramai yang tidak hadir kerana mereka tidak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan.

Selepas kenduri tahlil berakhir, Mila serta sanak saudara yang terdekat masuk ke bilik masing-masing untuk tidur akibat keletihan. Sekitar pukul 3 pagi, Mila terjaga, dia terdengar suara seperti orang bercakap-cakap. Lalu dia mencari-cari gerangan suara tersebut. Terasa seperti mahu gugur jantungnya apabila mendapati anaknya berada di bilik arwah neneknya sedang bercakap berseorangan.

“ Hani..mari masuk tidur kat mama...”, Mila memaut tangan Hani. Namun Hani menepis.
“ Tak nak, Hani nak berborak dengan nenek...nenek kata dia rindu kat Hani...”, Hani menjauhkan diri daripada.

Mila berasa seriau, lalu dia berlari menuju ke biliknya, namun ketika  mahu mengejutkan suaminya, dia dapati Hani lena tidur di sebelah suaminya.

Keesokkan harinya, Hani menceritakan peristiwa yang berlaku semalam. Suaminya menganggap yang Mila hanya bermimpi.

“ Abang, kita balik KL hari ini juga ye...Mila risaulah...”, Mila memberi cadangan.
“ Kita balik lusa la....lagipun tak elok kan, mak awak kan baru meninggal....”, Saufi berkata.

Sedang mereka bercakap-cakap, Hani datang kea rah mereka.
“ Hani nak makan ke?, Mila menyoal.
“ Nak....’.

 Ketika Hani sedang menjamu selera, Mila terpandang akan rantai yang dipakai oleh Hani. Lantas ditanyanya.

“ Hani....hani dapat dari mana rantai tu...?, Mila menyoal dengan penuh curiga, kerana rantai tersebut seperti kepunyaan ibunya.
“ Oh..rantai ni, nenek yang bagi, dia kata Hani tak boleh sesekalipun tanggal...”

Mila merapatkan dirinya dengan suaminya, lalu dia berbisik.

“ Hani, bak sini rantai tu, Hani kan kecik lagi, biar papa simpan dulu..bila Hani dah besar nanti papa bagi balik....”, Saufi memujuk.
“ Tak nak, lalu Hani berlari menuju ke biliknya.
“ Bagaimana ni abang, Mila rasa kan, mak dah turunkan pewaris saka dia kepada Hani melalui rantai tu la...”, Mila menyatakan pendapatnya.

Saufi berfikir sejenak.

“ Kalau begitu, malam ni abang akan panggil Tuk Imam Ali, supaya cuba tengokkan Hani.

***
Tuk Imam Ali, sampai ke rumah mereka selepas Isyak.
“ Tuk Imam..tolonglah tengokkan keadaan anak saya ni, saya takut mak mertua saya dah mewariskan sakanya kepada anak saya ni...”, Saufi berkata.
“ Saya akan cuba...pergilah panggil dia sekarang...”.

Mila segera menuju ke bilik Hani, lalu memimpin dia ke ruang tamu. Hani memandang tajam kea rah Tuk Imam tersebut. Tuk Imam cuba berkomunikasi dengan Hani, namun Hani tiba-tiba bertukar menjadi agresif dengan cuba menerkam tuk Imam Ali, namun sempat dipegang oleh Sanak saudaranya.

“ Kenapa kau datang sini, aku susah payah nak cari tuan yang baru, kau pula cuba memusnahkna harapan aku....”, Hani berkata, namun suaranya menjadi garau seperti suara lelaki.

Tuk Imam hanya bertenang. Lantas dia menanggalkan rantai yang dipakai oleh Hani. Hani menjerit-jerit lalu pengsan.

“ Tolong..tolong aku, aku nak bergantung kepada siapa lepas ni, aku perlukan tuan”, kedengaran suara pada rantai tersebut.
Tuk Imam Ali tidak mengendahkan rayuan suara tersebut lantas, dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran lalu dihembusnya kea rah rantai tersebut. Kemudian dia membalutkan rantai tersebut dengan kain hitam.

“ Besok, kamu buangkan rantai ni ke sungai hujung kampung ni, jangan sesekali kamu membuka balutan ini, “ Tuk Imam Ali memberi pesanan kepada Saufi.
Saufi mengucapkan terima kasih kepada Tuk Imam Ali. Malam itu juga, Saufi sepakat untuk meninggalkan rumah tersebut selepas membuang rantai tersebut di sungai hujung kampungnya itu.

***
3 Tahun kemudian....

“ Abang....cuba tengok ni, Sarah jumpa benda ni kat tebing sungai tadi....”, Sarah menunjukkan benda yang berbalut kain hitam tu.
“ Bukalah...”, Hakim berkata.

Apabila mereka membukanya, mereka dapati ada seutas rantai di dalamnya. Mereka berasa gembira, lantas Hakim memakaikan  rantai tersebut di leher isterinya.

Kini saka tersebut sudah mempunyai pewaris. Tanpa mereka sedari, mereka merupakan tuan baru kepada saka tersebut.

No comments:

Post a Comment