“ Mak!!...mak!!....oi mak!!..”, Anisa menjerit lantang, namun tiada panggilan. Anisa mula cemas lantas ditolaknya pintu rumah yang tidak berkunci itu.
“ Ya Allah...apa dah jadi ni..”, Anisa menangis di sisi ibunya sambil merangkul tubuh ibunya yang lemah. Anisa menepuk-nepuk pipi ibunya yang berlumuran darah itu supaya sedar, namun tiada sebarang tindak balas. Anisa berlari melangkah ke rumah Pak Longnya untuk meminta bantuan apabila tiada tidak balas yang diberikan oleh ibunya. Hasratnya pulang dari kolej ke rumah adalah untuk mengejutkan ibunya dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun lain pula jadinya apabila dia pulang ke rumah.
Sesampainya Anisa di rumah Pak Long, Anisa terus masuk ke rumah Pak Long tanpa memberi salam lantas mendapatkan Pak Longnya yang sedang membaca surat khabar. Anisa terus menceritakan perihal yang berlaku kepada ibunya.
“ Bagaimana boleh jadi macam itu Anisa..”, Pak Longnya memandu kereta sambil bertanya kepada Anisa ketika dalam perjalanan ke rumahnya.
“ Nisa tak tahu Pak Long....Nisa pun baru je sampai ni..”
“ Ehm, kalau macam tu, kita pergi jemput anak Pak Seman sekejap..”, Pak Longnya lantas membelok ke simpang yang menuju ke rumah Pak Seman.
“ Pak Long nak buat apa jemput anak Pak Seman tu, kan mak tengah sakit tu, jomlah balik..”,
“ Ishk..kamu ni, anak Pak Seman tu doktor, senang nak suruh dia tengok-tengokkan mak kamu nanti..”.
****
“ Bagaimana dengan keadaan ibu saya....er..??, Anisa menuding jarinya kea rah doktor tersebut.
“ Panggil saja saya Hakim... ibu awak Cuma mengalami pendarahan biasa, mungkin dia terhantuk di bucu meja kot, namun keadaan dia tidak membahayakan, hanya kecederaan kecil, ni ubat-ubatnya...kalau ada apa-apa masalah yang berlaku kepada ibu awak..awak terus pergi ke klinik saya di hujung kampung ni...”.
“ Baik doktor, terima kasih ye....berapa bayarannya??, Anisa lantas mengeluarkan dompetnya.
“ Takpe la cik....”
" Anisa...”
“ Ha..cik Anisa, takpe saya ikhlas menolong, lagipun sekarang bukan waktu bekerja, saya hanya terima bayaran hanya ketika saya berada di klinik sahaja..”, Hakim menolak dengan lembut.
Anisa menjadi serba salah.
“ Jangan lah begini doktor, serba salah saya dibuatnya, dah la saya menganggu waktu doktor berehat...”, Anisa merayu.
“ Tak mengapa...saya ikhlas.., baiklah saya pulang dulu ya, kalau ada sakit apa-apa jangan lupa datang ke klinik saya ya..”, Hakim berlalu sambil melambaikan tangannya ke arah Anisa.
“ Aduh sakitnya kepala ni...eh Nisa bila balik, kenapa kepala mak berbalut ni”, soal Mak Piah.
“ Mak jatuh tadi, habis kepala mak berdarah, mak berehat la dulu ya, biar Nisa ambilkan mak air untuk mak minum ye”, lantas Nisa bangun menuju ke arah dapur.
****
“ Mak, hari ini Anisa nak pergi pekan sekejap la...nak beli barang dapur, mak nak kirim apa-apa ke??” Nisa memandang maknya yang sedang baring.
“ Takpe la..mak tak nak apa-apa.”, jawab Mak Piah.
“ Erm..ye la kalau begitu ...mak rehat ye, Anisa pergi dulu.
Sudah setengah jam lamanya Anisa menunggu bas, namun kelibat bas tidak kelihatan langsung. Dia mula berasa hampa. Apabila kakinya mula untuk melangkah untuk pulang ke rumah, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapannya.
“ Eh Nisa...nak pergi mana?? Boleh saya tumpangkan...”.
“ Oo doktor rupanya..saya nak pergi pekan la..tapi bas tak sampai-sampai lagi.
“ Kalau begitu marilah saya tumpangkan, lagipun saya pun nak pergi ke sana,”, lantas Anisa masuk ke dalam kereta.
Setelah lama kedua-duanya mendiamkan diri semasa dalam perjalanan ke pekan...,
“ Awak...”, erm serentak la pula, kelakar kan, Hakim berkata.
“ Kalau begitu awak cakaplah dulu, ‘lady first’, Hakim tergelak. Anisa pun tersenyum sipu.
“ Awak ni kerja doktor ni dah lama ke??’
“ Oo..tak lama sangat baru je dua tahun,” Hakim menjawab.
“ Maknanya umur awak sekarang dah 29 tahun la ye...”
“ Erm....kenapa Nampak muda ke??”, Hakim cuba menceriakan suasana dengan lawaknya.
Anisa tergelak...” tak Nampak muda pun, Nampak tua lagi adalah”.
“ Amboi pandainya dia buat lawak...,” Hakim berkata. Masing-masing ketawa.
Sepanjang perjalanan ke pekan, begitu banyak perkara yang diperbualkan oleh mereka.
“ Erm...awak dah sampailah, saya turun dekat sini je ye”, Anisa berkata.
“ Tak payah, saya nak pergi cari ‘parking’ dulu, kemudian kita pergi beli barang yang awak nak beli tu sama-sama, nanti balik pun kita balik sama-sama,”.
“ Eh, tak payah la...nanti menyusahkan awak pula,” Anisa berasa serba salah.
“ Tak susah la, lagi pun kita satu arah kan,” lantas Hakim tersenyum.
***
“ Assalamualaikum.....”
“ Waalaikumussalam.....eh Akmal, lama dah kamu tak datang tengok Mak Piah..jemputlah masuk”, Mak Piah mempelawa.
“ Lama ke??, baru je minggu yang lepas saya datang, kenapanya? Mak Piah rindu ke saya ke???,” Akmal berseloroh.
Akmal merupakan anak rakan Mak Piah yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan Anisa, dalam diam-diam Mak Piah telah berjanji kepada rakannya iaitu Rozana untuk menjodohkan Anisa dengan Akmal.
“ Kenapa dengan kepala Mak Piah ni??,” Akmal memegang kepala Mak Piah.
“ Terjatuh semalam, tu la berbalut ni,”
“ Assalamualaikum...mak Nisa dah balik ni, lantas Anisa naik ke rumah lalu pandangan yang tertaut dengan Akmal.
“ Nisa ni mak kenalkan, anak kawan mak....... Akmal,... eh! siapa kat belakang kamu tu, Mak Piah menuding jarinya ke arah Hakim.
“ Oh...lupa pula Nisa mak....mak ni Nisa kenalkan doktor Hakim, anak Pak Seman dialah yang tolong balutkan luka mak semalam.
“ Hakim...anak Seman”, Mak Piah teringat peristiwa lampau.
Tahun 1975 :
“ Seman tolonglah jangan buat aku begini, aku ni anak dara lagi, kau pun dah kahwin kan, berdosa tu, ingat Allah Seman”, Sapiah merayu kepada Amran.
“ Ada aku kisah, dah lama aku mengindam ke kau, kau tau tak....lagi satu aku nak lepaskan rasa marah aku kat mak dan bapak kau sebab menolak pinangan aku, kau tau tak...aku malu sangat waktu tu, dahlah mereka menghina aku, aku rasa terhina tau. Dengan ini, biar dia dapat malu, hahaha...”, Amran ketawa.
“ Seman....jangan!!,”.
“ Mak...mak...,” Anisa cuba mengejutkan Mak Piah yang tengah mengelamun.
Serta merta Mak Piah terjaga dari lamunannya.
“ Kau anak Seman yang tinggal kat hujung kampung tu ye??, Mak Piah menyoal Hakim.
“ Saya makcik....kenapa??, Hakim mencurigai Mak Piah.
“ Takde apa-ape, saja Tanya. Bapak kau hidup lagi ke???, Tanya Mak Piah lagi.
“ Dia dah tiada, dia meninggal waktu mengerjakan umrah di Mekah”, Hakim menjawab.
“ Erm....”.
Dalam fikiran Mak Piah dia sudah merancang sesuatu.
“Aku tak kan lepaskan kau Seman walaupun kau dah mati”, Mak Piah berbisik perlahan.
***
Perkenalan Anisa dengan Hakim bertambah erat sehingga mereka mengambil keputusan untuk bertunang pada hujung tahun ini, namun perkara tersebut mereka tidak megutarakan pada kedua-dua belah pihak keluarga mereka.
“ Mak...Anisa nak keluar kejap ni, nak jumpa doktor Hakim.
“ Sejak akhir-akhir ni, mak tengok kamu selalu je keluar dengan si Hakim tu, kamu ada apa-apa ke??,” Mak menyoal.
Anisa malu-malu.
“ Erm...sebenarnya kami berdua bercinta la mak....”, Anisa tersipu-sipu.
Mak Piah berasa geram, namun disembunyikan perasaannya.
“ Kalau begitu, suruhlah dia masuk meminang, tak baik asyik keluar berdua-duaan, nanti ada yang mengata, mak tak suka,” balas Mak Piah.
Anisa terkejut akan penyataan maknya, lantas dia segera menelefon Hakim, untuk mengatakan perkara tersebut . Sebenarnya Mak Piah telah mempunyai rancangan bagi melunaskan dendamnya yang sudah lama dipendam.
***
Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah sekali, namun disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Sewaktu makan beradab, tiba-tiba Hakim telah mengalami muntah-muntah. Hakim bukan memuntahkan segala isi lauk yang dimakan namun dia memuntahkan darah yang disertai dengan rambut, paku dan serpihan kaca-kaca. Bapa saudara Hakim berasa hairan.
“ Hakim, awak ni kena santau ni....”, seorang lelaki tua tiba-tiba berkata.
“ Ha!@@! Santau....”, seisi majlis terkejut.
Hakim tidak mempercayai kata-kata orang tua itu. Baginya mustahil dia boleh terkena santau, sedangkan dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.
Mak Piah hanya memandang dari jauh, namun dalam hatinya gembira kepalang. Untuk mengelakkan dia disyaki, lantas dia berpura-pura mangambil berat akan Hakim. Majlis persandingan dihentikan dengan serta merta.
“ Abang ok tak...??”, Anisa bertanya.
“ Ok sikit, Anis tak payah risau la, muntah biasa je...”, Hakim membalas.
“ Muntah biasa apanya abang, abang tu kena santau tau...,” Anisa membidas kata-kata Hakim.
“ Anis rasa kan mesti Akmal yang buat, lagipun sebelum Anis kahwin dengan abang, mak sebenarnya nak menjodohkan Anis dengan dia...”, Anis berprasangka.
Hakim cuba mempertahankan Akmal.
“ TAk baik Anis tuduh orang sebarangan, fitnah tu merupakan dosa besar Anis...
Namun kata-kata Hakim tidak melekat pun dalam hati Anis.
***
Semakin hari, Hakim bertambah teruk, asyik muntah sahaja, makan pun tak lalu sehingga badannya susut. Mak Piah sangat gembira apabila melihat keadaan Hakim. Hakim seperti mengesyaki Mak Piah, kerana setiap kali Mak Piah melawatnya di rumah, Mak Piah tidak pernah senyum, Tanya khabar akannya pun apabila Anisa berada di rumah. Suatu hari, seorang kenalan lama Hakim, Firdaus datang menjenguk Hakim.
“ Aku tengok kau ni makin teruk Hakim...., aku ada seorang Pak Saudara, seorang ustaz, mana tau dia boleh ubati kau, kita cuba je la....”, Firdaus member cadangan.
Setelah lama berfikir, Hakim memberi persetujuan.
“ Bila kau nak bawa aku??,” Hakim menyoal.
“ Kita pergi lusa, nanti aku beritahu dia...”, Firdaus berkata.
Hakim dan Firdaus bertolak ke rumah Pak Saudara Firdaus seperti yang dijanjikan pada waktu malam. Sesudah sampai, Hakim memperkenalkan dirinya. Pak saudara Hakim menenung raut muka Hakim dengan tenungan yang tajam. Hakim berasa tidak selesa.
“ Pak cik rasa, anak ni kena santau...”.
“ Ha!!!...santau....”, Hakim terkejut.
“ Biar betul pakcik, saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa pun selama ni...”, Hakim berkata.
“ Mungkin ada orang dengki akan kejayaan anak, kita tak tau hati manusia nak.....”, Pak Saudara Firdaus membuat telahan.
“ Siapa yang buat pak cik??,” Hakim menyoal.
“ Erm..tak baik pak cik beritahu, biarlah...nanti akan tahu juga...”, Pak Saudara Firdaus membalas.
Seminggu selepas Hakim pulih, Anisa mendapat panggilan telefon dari abangnya yang menyatakan Mak Piah sakit teruk. Mereka pulang ke kampung sejurus selepas mendapat panggilan telefon tersebut.
“ Mak..mak kenapa ni...???,” Anis menyoal.
Tiba-tiba Mak Piah merangkak perlahan-lahan menerpa ke arah Hakim.
“ Hakim...maafkan mak nak....”, Mak Piah menangis sambil meraung-raung.
Hakim terpinga-pinga.
“ Mak kenapa ni...mak tak pernah pun buat salah pada hakim..”
Mak Piah pun menceritakan perbuatannya menghantar santau kepadanya dengan menceritakan peristiwa yang menyebabkan dia berbuat demikian, Mak Piah terbatuk-batuk ketika cuba mengatakan kesalahanya.
“ Sekarang,...mak menyesal Hakim...mak tak patut menyimpan dendam kepada kamu kerana kesalahan ayah kamu..mak betul-betul menyesal..”, Mak Piah melahirkan kekesalan.
Hakim menarik nafas yang panjang.
“ Sudahlah tu mak...perkara yang dah berlaku ini, kita jadikan ikhtibar, Hakim tak menyalahkan mak pun...,” Hakim berkata.
“ Terima kasih nak...”, Mak Piah membalas.
Mak Piah dibawa oleh Hakim untuk berubat dengan Pak saudara Firdaus. Alhamdulillah, akhirnya Mak Piah telah sembuh. Akhirnya Mak Piah sudah melupakan peristiwa lamanya, dan cuba membuka lembaran baru untuk menerima keluarga menantunya.
No comments:
Post a Comment