“ Mad..Mad...mai sini sebentar...”, Hakim memanggil Mad dalam keadaan mukanya cuak.
Mad pelik melihat perubahan muka Hakim, lantas dia melajukan langkahnya ke tingkap tempat Mad berdiri.
“ Ya Allah....”, Mad terpana.
****
“ Kau Nampak kan apa yang aku lihat semalam kan?”,
Hakim melontarkan soalannya kepada Mad. Mad termenung sejenak.
“ Aku rasa itu hanya mainan perasaan kita je kot”, Mad bersuara.
Hakim mengerutkan keningnya.
“ Mainan perasaan apanya, kalau memang dah jelas kita berdua Nampak kan benda tu??,”
Hakim tidak berpuas hati. Mad hanya mampu tersenyum.
****
“ Mad..boleh tak teman aku pergi tandas, aku nak buang airlah...”,
Hakim mengejutkan Mad yang tidur di sebelahnya. Mad terpisat-pisat bangun. Walaupun Mad mengantuk, namun atas dasar belas kasihan, dia menemani juga Hakim. Lantas mereka berdua menuju ke tandas yang terletak di luar rumah. Sesampainya mereka di tandas, Hakim langsung menuju ke arah tandas. Mad hanya menunggu di luar. Sementara menanti Hakim melepaskan hajatnya, Mad bersiul-siul sambil memandang ke arah langit untuk menghilangkan rasa takutnya. Tidak semena-mena, Mad tersentak kerana terdapat hembusan angin meniup di telinganya. Sangat laju. Tiba-tiba bulu romanya berdiri.
“ Hakim...lama lagi ke????,” Mad bertanya.
Namun hampa, Hakim tidak menyahut. Mad pun bertanya sekali lagi, namun tiada jawapan juga. Akhirnya, Mad mengambil keputusan untuk menolak pintu tandas tersebut.
“ Ya Allah!!”, Mad terkejut, namun dia hanya memandang je benda tersebut, nak lari tak boleh, kerana tubuhnya seperti terpasung di atas tanah.
****
Keesokkan harinya, Hakim terjumpa Mad berdiri di depan tandas dalam keadaan tidak bergerak. Apabila Hakim menepuk badan Mad, barulah Mad tersedar dan boleh bergerak.
“ Oi..kau buat apa berdiri tegak macam tiang kat depan tandas ni, tak senonoh benarnya...”, Hakim ketawa.
“ Kepala hotak hang, aku kena kacau la semalam...”, Mad menjelaskan perkara yang sebenar. Lalu Mad menceritakan peristiwa semalam kepada Hakim.
Hakim sangat terkejut kerana, semalam dia langsung tidak mengejutkan Mad untuk menemankan dia ke tandas. Sedangkan, Mad mengatakan bahawa, Hakim ada mengejutkan dia untuk ke tandas.
“ Aku rasa tak kena la dengan kawasan rumah ni...”, Hakim berkata.
Mad mengangguk tanda setuju.
“ Apa kata, malam ini kita siasat...nak tak??”, Hakim bersuara.
Mad mengerutkan keningnya.
“ Kau ni berani sangat la, nanti benda tu menduga kau, baru kau tahu..”, Mad berkata.
“ Biarlah...ntah-ntah ada orang nak menyakat kita.. Mad hanya mengelengkan kepala melihat keletah Hakim.
Biarlah dia, dia tak kena lagi, lantas Mad mengambil tuala untuk mandi. Malam menjelma lagi, Hakim sudah bersiap sedia dengan parang dan lampu suluhnya. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.
“ Mad..betul ke kau tak nak ikut aku siasat ni..??”, Hakim menyoal.
Mad mengelengkan kepala, lantas menarik selimut untuk tidur.
Glurp...Hakim menelan air liur. Ya Allah, lindungilah aku daripada syaitan dan iblis durjana ya Allah...., sejurus selepas itu, Hakim menghembus ke kiri dan ke kanan. Namun, baru sahaja dia ingin menghembus ke kiri, benda tersebut terpacul di hadapannya. Baunya amat busuk dan meloyakan. Dengan keadaan kain kapan yang bersalut tanah dan mukanya yang pucat kebiru-birunya disertai dengan ulat yang di mukanya, boleh menyebabkan sesiapa sahaja pengsan melihatnya..sejurus itu juga, Hakim jatuh pengsan.
***
“ Kan aku dah cakap....kau degil juga..sekarang kau terimalah padahnya....tunjuk berani sangat....”, Mad membebel.
Hakim mencebik...” Aku saja je nak tengok siapa yang berani nak main-mainkan kita, tapi rupa-rupanya hantu betul, nasib baik aku boleh pengsan, kalau tak jadi macam kau la, tercongok je pandang benda tu...
“ Apa kata kita jumpa tuan rumah ni, Tanya dia pasal rumah ni, “ Hakim menyuarakan pendapat.
Mad mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Hakim. Petang itu juga mereka menuju ke rumah tuan rumah sewa mereka yang terletak di hujung kampung.
“ Pak cik, hajat kami datang ni, nak Tanya mengenai rumah yang kami sewa tu??”, Mad berkata.
“ Tanyo aponya??,” Pak Johar menyoal dengan loghat negerinya.
“ Kami nak tanyo...eh, silap-silap...tersasul pula , sebenarnya kami nak Tanya sebelum ni rumah tu ada orang mati ke???”, Hakim berkata dengan nada serius.
“ Celupor benornya kamu ni, mano ada orang mati dalam rumah tu sebelum ni, tapi dengar kato kat bahagian belakang dapur tu ada kubur orang mati....”, Pak Johar berkata.
“ Kubur orang mati!!”, mereka berdua berkata serentak dengan nada terkejut.
“ Pak cik dengar kato juga, dia dulunya dukun ilmu hitam, tapi pak cik tak tahu betul ke tidak cerita tu, tu la sebabnya pak cik tak berani tinggal kat situ.
Sejurus je dengar kata-kata Pak Johar, mereka berdua tergesa-gesa meninggalkan rumah Pak Johar.
“ Aku nak pindah juga malam ni, tak kira lah apa pun nak jadi..”, Mad menuju ke bilik nya lalu mengambil apa yang patut. Tiba-tiba lampu rumah mereka terpadam. Yang peliknya, lampu rumah jiran-jiran mereka tidak terputus bekalan elektriknya.
“ Hakim..kau kat mana....???,
Mad melaungkan nama Hakim, namun tiada sahutan. Hakim dengar namanya dipanggil, namun dia tidak boleh menyahut, seperti ada sesuatu yang menyekat suaranya daripada menjawab laungan Mad. Mad gelabah, akhirnya dia dapat juga memegang tubuh Hakim, namun Mad pelik kerana tubuh Hakim seperti dibaluti dengan kain. Keadaan tangan Hakim juga seperti dilekapkan di dada. Bau kurang menyenangkan mula menyelubungi rumah tersebut. Mad cuba memegang muka Hakim, dia merasakan melekit-lekit. Mad segera menjauhkan diri daripada tubuh tersebut dan dia terlanggar tubuh seseorang.
“ Kau kenapa, Hakim menyuluhkan lampu suluhnya ke muka Mad”, namun tanpa sempat Mad berkata apa-apa, Hakim lantas menjerit lalu berlari menuju ke luar rumah.
“ Pocong...!!!!!”
Keesokkannya, sekampung kecoh peristiwa Hakim dan Mad dikacau.
“ Tuk ketua, ni tak boleh jadi ni, benda tu mula menganggu. Kalau begini, anak saya nak mengaji malam pun tak berani, kerana takutkan hantu pocong tu..”, kata seorang penduduk.
Mad dan Hakim yang duduk di kerusi balai raya, masih trauma dengan peristiwa semalam. Akhirnya, setelah lama mendiamkan diri, tuk ketua berkata bahawa dia akan memanggil seorang ustaz untuk membantu menghalau hantu pocong tersebut.
“ Malam ni juga, saya suruh dia datang....”.
***
Malam itu, semua penduduk kampung datang ke rumah Mad dan Hakim untuk melihat upacara penghalauan hantu tersebut.
“ Ustaz...boleh ke nak halau hantu pocong tu kalau ramai sangat ni...??”, Mad menyoal.
Ustaz Fahmi hanya memandang Mad dengan senyuman tanpa menjawab pertanyaan Mad.
“ Boleh saya masuk...”, Ustaz Fahmi meminta kebenaran.
Hakim memberi isyarat sambil tersenyum, namun tiba-tiba ekspresi mukanya berubah serta-merta sambil menunjukkan tangannya ke dalam rumah. Lantas dia menjerit...
“ Pocong..!!!!”...lalu Hakim berlari meninggalkan kawasan rumah tersebut.
Sejurus selepas mendengar Hakim menjerit, semua penduduk kampung bertempiran lari lintang pungkang meninggalkan kawasan rumah tersebut. Hanya ketua kampung, Pak Johar, Mad dan ustaz Fahmi yang tinggal. Mad mula menelan air liur...
“ Pak Johar kalau saya nak lari juga boleh tak, seram la pula...”, Mad berbisik.
“ Kalau kome nak lari, den pon nak lari juga...duduk lamo-lamo kat sini, raso seriau la pula...”, Pak Johar berkata dalam keadaan takut-takut.
Ketua kampung menjeling Mad dan Pak Johar sejurus selepas mendengar mereka berdua berbisik. Mereka berdua tidak jadi meneruskan niat kerana terlihat jelingan ketua kampung.
“ Nampaknya, kawan kamu tu, ternampak pocong tu kot, saya rasa benda tu saja je nak main-main dengan kamu...maklumlah ni kan kawasan dia..”, Ustaz berkata setelah sekian lama mendiamkan diri.
“ Main apanya ustaz kalau setiap malam je kami kena kacau...ni dah melampau, kalau benda tu nak main dengan kami pun agak-agaklah, ni dah melampau...sampai waktu tidur kami pun terganggu...”, Mad berkata dalam nada tidak puas hati.
Boleh pula dia buat lawak waktu genting begini, ketua kampung bermonolong.
“ Kamu tak puas hati ke dengan benda tu, kalau begitu saya boleh suruh dia muncul...bolehlah kamu cakap depan benda tu...”, Ustaz Fahmi tersenyum nakal.
“ Erm takpelah..saya saje je tadi....hehehe...”, Mad tersengeh-sengeh.
Tiba-tiba angin laju menerpa mereka.
“ Dia datang..”, Ustaz Fahmi berkata.
“ Sapo yang datang..den tak nampok sapo-sapo pon...”, Pak Johar mengerutkan dahinya memandang jalan di depan rumah yang disewanya.
Ishk, orang tua ni..boleh pula buat lawak...dia tak Nampak ke pocong tu berdiri sebelah dia, Mad mengeletar, lantas dia merapatkan tubuhnya dengan Ustaz Fahmi. Ustaz Fahmi berbuat selamba.
“ Mad, kenapo kamu berdiri rapat-rapat dengan ustaz tu, Nampak sangat penakutnya...”, lantas Pak Johar ketawa. Namun dia tersentak apabila ada orang lain yang turut ketawa disebelahnya. Pak Johar berpaling ke arah suara tersebut...
“ Ya Allah...!!pocong....lalu dia membuka langkah seribu meninggalkan kawasan rumah tersebut.
Mad memandang Ustaz Fahmi dan ketua kampung sambil tersengih-sengih.
“ Saya nak lari juga la....bye bye....”, Mad lantas mengikuti Pak Johar.
Ketua kampung hanya mampu mengelengkan kepala melihat telatah Mad.
“ Bagaimana ustaz, benda tu cuba bermain dengan kita ni...”. Ketua kampung menunjukkan wajah kerisauan.
“ Jangan risau la...akan saya usahakan agar benda tersebut tidak menggangu penduduk kampung ni..terutamanya Mad dan Hakim yang mendiami rumah ini ”, Ustaz Fahmi berkata dalam nada bersungguh-sungguh.
Ustaz Fahmi mula melakukan upacara rukyah...ketika berlakunya upacara tersebut, benda tersebut banyak kali cuba mengacau. Antaranya, muncul dengan tiba-tiba di belakang Ustaz Fahmi. Mujur benar Ustaz Fahmi seorang yang kuat semangat, begitu juga dengan ketua kampung. Selain itu, lampu di rumah tersebut asyik terpadam secara tiba-tiba. Namun setelah sekian lama diganggu, Ustaz Fahmi mula hilang sabar.
“ Oi..kau keluar sekarang, jangan nak main-main dengan aku...”, Ustaz Fahmi berkata dengan nada yang kuat.
Tidak semena-mena pula ketua kampung dirasuk seperti orang hysteria. Dan berlakulah perbualan di antara makluk tersebut dengan Ustaz Fahmi.
“ Kenapa kau menganggu mereka yang tinggal di rumah ini???, Ustaz Fahmi menyoal.
Makhluk yang menumpang di dalam badan tuk ketua tersebut hanya mendiamkan diri. Ustaz Fahmi cuba menyoal makhluk tersebut sekali lagi. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya ,makhluk tersebut pun bersuara...
“ Aku bukannya nak ganggu mereka, aku Cuma nak berseronok je dan tujuan aku juga nak cari tuan baru...”.
“ Tu ke sebabnya kau menyerupai tuan kau dalam bentuk pocong...??”, Ustaz Fahmi menyoal.
Makhluk yang merasuk di dalam badan ketua kampung mengangguk.
Lantas, Ustaz Fahmi menggunakan helah dengan memujuk makhluk tersebut bahawa ada seseorang yang ingin membela makhluk tersebut, namun ada syarat yang dikenakan, iaitu makhluk tersebut haruslah menunggu benih kacang yang akan ditanam oleh ustaz Fahmi di dalam hutan sehingga ia bercambah. Benih kacang yang ditanam oleh Ustaz Fahmi sebenarnya tidak boleh bercambah. Ini kerana Ustaz Fahmi telah menggunakan kacang yang sudah direbus. Akhirnya, Mad dan Hakim serta penduduk kampung tidak diganggu lagi. Namun Mad dan Hakim mengambil keputusan untuk berpindah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka.
No comments:
Post a Comment